Samsung Saingi Dunia Fesyen Dengan Rekaan Jam Futuristik Ranggi

29
KONGSIAN

Hangat dengan keluaran jam tangan baharu, Samsung Electronics Co. Ltd baru-baru ini mengumumkan inovasi aksesori yang bukan sahaja berteknologi tinggi, bahkan, jam pintar berbentuk “Galaxy Watch Active”, “Galaxy Fit” dan alat bantuan mendengar model “Galaxy Bud” ternyata mampu menyaingi dunia fesyen kerana reka bentuknya yang bukan cuma comel tetapi mampu digayakan oleh pelbagai peringkat umur mengikut cita rasa individu!

Kini tiada lagi masalah untuk individu mengimbangi gaya hidup mereka kerana elemen stailo dan kerancakan perjalanan harian bisa digabungkan dalam suatu peranti berupa jam pintar dan alat bantuan mendengar terbaharu edisi Samsung Galaxy ini.

Tonton Video pengenalan Galaxy WatchActive + Galaxy Bud

https://www.youtube.com/watch?v=LRTqadjEkiQ

Selain ditawarkan beberapa rona menarik, ia mampu mengawal tekanan darah pengguna, mengendalikan emosi seseorang supaya kekal neutral sekaligus, menjejak kesihatan si pemakai dengan cara paling ideal.

Gif – Pinterest

Sehubungan itu, koleksi Galaxy Watch Active ini mampu menyerlahkan hari-hari si pemakai dengan menawarkan lebih pelbagai fungsi efektif yang kemudian boleh disambungkan terus ke peranti pintar lain termasuk android serta iOS yang kemudian mampu mengetengahkan penjejakan aktiviti luar dan dalam serta melatih pengguna secara realistik dalam melakukan aktiviti aktif.

Mampu menjejak degupan jantung pengguna dengan kuasa bateri 230mAh. Foto -mashable.com
Hanya perlu dilekap pada peranti samsung untuk pengecasan Galaxy Watch Active tanpa wayar. Foto -mashable.com

Bukan itu sahaja, koleksi Galaxy Watch Active turut membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar pesanan ringkas biarpun tidak menekan sebarang punat atau butang menggunakan telefon pintar dengan adanya alatan bantuan mendengar Galaxy Bud.

Galaxy Bud: Alat bantuan mendengar tanpa wayar yang boleh disambung ke telefon pintar Samsung serta jam pintar Galaxy Watch Active. Foto -Arkib Wanista

Selain itu, Jam pintar ini hanya perlu berkongsi kuasa dengan peranti yang lain untuk menjana baterinya semula. Mudah tanpa menggunakan sebarang pengecasan berwayar!

Gelang getahnya tebal menjanjikan keselesaan buat si pemakai biarpun untuk jangka masa panjang. Foto -mashable.com
Foto -mashable.com

 Untuk keterangan lanjut, sila klik [samsung.com/my/wearables].

Related Posts