Setelah sekian lama menjadi idaman buat mereka yang gemar mengumpul kasut, Vans boleh dikira antara aksesori fesyen jalanan yang sangat versatile dan bersifat timeless. Mungkin kerana itu ramai menggemarinya baik perempuan mahupun lelaki.
Baru-baru ini, Vans tampil dengan kolkesi ComfyCush Era yang dilengkapi teknologi inovasi baharu menampilkan elemen keselesaan yang strategik buat si pemakai.

Dalam masa yang sama, reka bentuk kasut juga dapat dilihat lebih segar dengan gabungan rona yang pelbagai -pastinya mampu menyerlahkan jiwa keremajaan si pemakai.
Untuk pengetahuan semua, koleksi Vans ComfyCush Era ini bakal memenuhi permintaan peminatnya dengan tujuan memberi keselesaan jitu sambil mengetengahkan reka bentuk kasut yang bukan sahaja mencengkam muat pada bahagian keseluruhan kaki bahkan kelembutan bahagian dalam tapak juga sudah diperbaharui agar berasa lebih anjal dan empuk selembut awan!
Tanpa sedar, Vans sudah berada di persada dunia fesyen selama lebih 50 tahun, ComfyCush Era ini menandakan keagungan antara ciri klasik dan moden yang seterusnya disatukan untuk menjadi ciptaan paling sempurna bagi si peminat sneakers ikonik Vans Era sejak ia dilancarkan tahun 1976.
Terdahulu, Vans adalah pengeluar rekaan kasut berfesyen untuk peluncur-peluncur skateboard yang sangat mahsyur.

Untuk keterangan lanjut, klik [vans.com/comfycush] atau lawat laman Facebook rasmi Vans Malaysia di [facebook.com/VANS.malaysia].