Jarang sekali nak lihat supermodel seperti Kendall Jenner, Gigi Hadid malah Bella Hadid memakai item fesyen yang mampu milik. Setiap satunya mesti berharga ratusan ke ribuan ringgit membuatkan kita hanya mampu melihat. Tapi baru-baru ini, si tinggi lampai Gigi Hadid mencuri tumpuan kerana memakai sepatu dari jenama orang kebanyakan.
Di Londo Fashion Week, Gigi Hadid memenangi hati ramai dengan padanan gaya jalanannya. Gigi dilihat mengenakan sepatu “kitten heels” rona biru kobalt dari jenama CHARLES & KEITH, yang Vogue UK telah melabelkan ‘kasut sempurna pada tahun ini’.
Tampil cool dalam oversized sweater bersama ripped jeans dipadankan bersama kitten heels, yang bukan sahaja memberi kesan elegan malah selesa dipakai seharian.
Tidak hanya warna biru, kitten heels ini menawarkan pilihan lain seperti hijau, biru pastel, oren dan merah jambu lembut.
Ala cantiknya. Sekarang juga korang boleh beli di www.charleskeith.com dengan harga RM169.90 sahaja.