Dulu punya main banyak lagi produk untuk mencegah kulit dari berlaku jeragat atau lebih dikenali sebagai tompok pigmentasi. Nampaknya sekarang sudah tidak laku sebabnya ramai pula yang teringin mempunyai tompokan jeragat. Katanya tompok-tompok jeragat membuatkan wajah lebih tampak manis dan keanak-anakan.
Ada yang rajin sanggup menambah titik menggunakan eyeliner pada pipi dan hidung konon untuk menambah seri jeragat palsu. Disesetengah negara barat, tompok jeragat atau dipanggil freckles sudah menjadi salah satu trend kecantikan malah diangkat sebagai beauty standard. Sampai di Malaysia pun ada yang acah-acah tambah freckles pada kulit.
Bahaya ke jeragat?
Langsung tidak bahaya pada kulit dan tidak memberi kesan negatif pun pada kesihatan. Cumanya mungkin ada yang tidak suka melihat wajah bertompok dan warna kulit tidak sekata. Jika pakai mekap sudahnya jadi leceh perlu conceal dan lakukan color correcting. Biasanya mereka yang ingin freckles ini konon sukakan kecantikan semulajadi.
Cara nak ada jeragat?
Jika orang lain sibuk pakai krim pelindung matahari, anda tak perlu! Dedahkan sahaja wajah kamu pada cahaya matahari untuk menghasilkan lebih melanin. Sel melanin ini akan melapisi atas kulit untuk melindungi kulit dari sinar UV. Melanin boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu tompokan (jeragat) atau merubah tona kulit menjadi lebih gelap. Ia bergantung kepada kulit dan kawasan yang terdedah, cuba lihat pada kaki atau tangan anda, jeragat kat situ pun ada lah!
Namun ada orang secara semulajadi jeragat timbul atas faktor genetik.
Apa pendapat anda tentang jeragat? Cantik atau biasa-biasa jer…