Orang perempuan kalau cantik sahaja tapi pengotor dan kaki bersepah tidak ada gunanya. Sebenarnya tidak kiralah lelaki atau perempuan, kebersihan diri dan sekeliling perlu dijaga kerana ia merupakan keperibadian paling utama untuk dipandang.
Namun ramai sekarang hanya mengejar dari segi pandangan fizikal tapi kalau tengok sendiri keadaan bilik atau rumah, tuhan sahaja yang tahu. Jangan pandang remeh tentang soal bersepah dan pengotor ini kerana lambat-laun ia boleh menganggu sistem kesihatan dan mental kita sendiri.
Wanista kali ini mahu rungkai sedikit tentang perbezaan orang yang suka buat sepah dengan si pengotor dirumah.
Bersepah
Pernah dengar tak, orang sering kaitkan dengan meja bersepah dengan sikap kreatif? Okay kalau meja bersepah sahaja okay lagi tapi kalau rumah?
Mereka yang hidup dalam keadaan bersepah ada dua jenis iaitu tiada masa untuk mengemas (sibuk) atau pemalas (tiada motivasi). Terdapat banyak faktor mendorong jadi bersepah salah satunya jika mempunyai masalah OCD yakni gemar menyimpan barang yang sudah tidak perlu. Mereka biasanya tidak teratur, dipenuhi dengan barang-barang terpakai dan kelam-kabut.
Hidup dalam keadaan bersepah ini boleh menambah serabut dan menjejaskan produktiviti individu yang mengalaminya. Dalam diam keadaan ini menganggu kesihatan mental sehingga menyebabkan timbul rasa tekanan dalam diri.
Nasihat Wanista, cuba untuk take 5 minutes dalam setiap perkara anda lakukan. Sebagai contoh, 5 minit sebelum keluar rumah ambil masa untuk mengemas sedikit setiap ruang rumah anda. Hasilnya ia akan beri kepuasan tersendiri tanpa anda sedar. Balik sahaja, rumah dah tersiap kemas!
Pengotor
Cara nak selidik orang itu pengotor atau tidak, cukup lihat sahaja bilik mandi dan dapur. Jika permukaan lantai berminyak, peti ais tidak pernah dibersih dan sinki berkeladak sudah boleh dicop pengotor. Sikap tidak bersih ini ada banyak kategori tapi kalau dalam kebersihan rumah ini yang boleh ada perhatiakan.
Bahaya sikap pengotor didapur ialah boleh membawa masalah kesihatan tanpa kita sedar. Bayangkan berapa ramai mengalami keracunan makanan dari masakan rumah sendiri kerana tidak mengemaskini peti ais. Itu belum lagi tentang perkakasan dapur.
Sikap bersepah dan pengotor ini saling berkait, ia berlaku tanpa kita sedar dan mungkin sudah menjadi tabiat. Bahaya tentangnya ialah secara perlahan ia membunuh kesihatan fizikal dan mental. Cuba tanamkan azam untuk sekurangnya tambah rajin dalam diri untuk mengemas dan membersih. Anda sendiri yang untung tau!