Hai semua! Ada ke yang merancang hendak berumah tangga dalam masa terdekat ni? Kalau ada Wanista nak beri cadangan konsep terbaik macam mana korang boleh merakam kenangan Pre-Wedding dengan cara paling sempoi, lebih-lebih lagi kalau kamu dan pasangan memang jenis yang “gila-gila”.
Untuk bergambar di Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPAC) umumnya, kamu perlu membayar sejumlah wang dan memerlukan surat kebenaran sebelum dibenarkan menggunakan kawasan mereka untuk sebarang fotografi.
Manakala, untuk bergambar di sekitar bangunan Mustpha Kamal yang sering kita lihat menjadi tempat paling ramai orang tumpu untuk foto-foto perkahwinan itu pula, jurugambar dan bakal pengantin pula harus curi-curi bergambar kerana kalau tersilap langkah akan ada pengawal yang halau. Sia-sia je nanti.
Untuk itu, cadangan penulis, gunakan 5 konsep kreatif ini.
#1 Kedai Makan Kegemaran
Lagi best kalau kamu berkunjung kembali restoran di mana kamu dan dia pernah melakukan temu janji yang pertama dahulu. Umunya, masa baru-baru kenal dahulu mesti restoran makanan segera KFC dan McD menjadi tumpuan kamu dan dia kan? Ha… jangan lupa sertakan makanan dalam foto kamu, main lah suap-suap fries ke baru sweet!
#2 Arked
Balik-balik bila tengok foto Pre-Wedding mesti lokasinya dalam taman atau hutan. Alah bosan. Tempat yang satu ni sering menjadi pilihan orang barat untuk lakukan Pre-Wedding iaitu di arked! Nak kahwin kenalah berseronok-seronok, jadi apa kata tunjuk kegembiraan korang yang bakal berkongsi hidup ni untuk bergelak ketawa di mana-mana Arked.
Lagi syok kalau pergi Arked yang ada di Genting, kawasannya lebih luas bahkan mesin permainan juga ada pelbagai.
#3 Main Pewarna
Cuba cari kawasan-kawasan lapang sama ada padang mahupun kawasan gunung yang ditarah, boleh cuba bermain serbuk berwarna seperti holi powder yang boleh dibeli di mana-mana kedai yang menjual peralatan keagamaan India mahupun kedai aksesori mereka. Boleh tahan cantik hasil foto kamu nanti. Campak-campak je!
Yang penting kamu dan pasangan perlu pakai serba putih, baru menyerlah.
#4 Funfair!
Pilih untuk mengelak matahari lalu mahu bergambar di waktu malam? Keadaan yang terlalu kelam pasti akan buat foto kamu hambar nanti jadi apa kata pergi ke tempat yang banyak cahaya lampu neon seperti di taman tema Funfair? Kena pula sentuhan jurugambar yang servisnya tiptop, memang meletup gambar Pre-Wedding kamu!
#5 Perpustakaan
Tak pernah dibuat orang kita, jadi masa ni lah korang nak tunjuk kreativiti. Kalau korang nak tahu, di Pulau Pinang ada kedai buku BookXcess terbesar. Nampak unik habis!
https://www.youtube.com/watch?v=BkbtgFx4eA4
Mungkin korang boleh consider untuk buat Pre-Wedding di situ. Kalau takut tak dibenarkan atau korang memang bukan orang Penang, boleh je cari mana-mana perpustakaan awam atau kedai buku lain. Janji kualiti gambar korang cun!
Apa-apa pun buat persiapan perkahwinan ni jangan membazir okay? Yang penting korang rangka dan ikut bajet seperti dalam perancangan. Kalau tak mampu upah jurugambar sekalipun, boleh je minta tolong kawan-kawan. Aplikasi photo editor pun berlambak yang boleh ubah foto korang jadi cantik dalam sekelip mata!
Selamat beramal! ❤️