Sesuatu yang jarang kita dengar, nampaknya Kerajaan Negeri Perak tampil ‘sempoi’ melakukan kejutan hebat untuk penduduknya serta para pelancong luar apabila memilih taman tema Sunway Lost World of Tambun di Ipoh untuk menganjurkan acara rumah terbuka bersempena perayaan Tahun Baru Cina!
Menurut sumber, kemasukan ke taman tema yang berada di bawah naungan Sunway Group itu adalah percuma kepada semua dari jam 2 hingga 5 petang pada tanggal 19 Februari (Selasa) nanti. Lebih mengujakan apabila orang ramai berpeluang mendapat edaran makanan yang juga percuma dari pihak penganjur.
Kenyataan Rasmi Yang Dikeluarkan Sunway Lost World of Tambun
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pihak kerajaan negeri akan menyediakan makanan yang secukupnya pada semua tetamu yang hadir. hendak diingatkan juga, pengedaran makanan kepada pengunjung juga adalah terhad dari jam 2pm hingga 4pm sahaja.
Untuk pengetahuan semua, majlis ini turut akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri, Tuanku Zara Salim. Manakala khabarnya pula, pemilihan taman tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan negeri memperkenalkan lokasi pelancongan kepada rakyat Perak.
Tarikan Di Sunway Lost World of Tambun
Terdahulu sewaktu musim Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan rumah terbuka secara besar-besaran buat semua di Taman Tema Movie Animation Parks Studio (MAPS) yang emmbuka peluang kepada orang ramai khusunya rakyat perak untuk merayakan Aidilfitri dalam keadaan yang paling menghiburkan.
P/s: Sebenarnya belum ada kepastian sama ada pengunjung dibenarkan bermain sakan dalam taman tema atau pun tidak tetapi apa yang pasti, makanan akan diedarkan secara percuma bersempena majlis rumah terbuka peringkat negeri di Perak ni!