Bak lirik lagu nyanyian Marilyn Monroe, “Diamonds are the girl’s best friend”.
Tahukah kamu bahawa intan permata jenis berlian dari koleksi Hearts on Fire oleh Habib Jewels adalah merupakan jenis berlian yang memiliki potongan permata paling sempurna di dunia?! Hanya menawarkan yang terbaik, Habib Jewels komited untuk mewarkan peminat barang kemas dengan koleksi perhiasan berlian yang lebih eksklusif bersempena sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan bingkisan paling bermakna buat cinta hati yang bukan sahaja cantik dan berkilau tetapi juga boleh dijadikan kenangan sehingga keakhiranya yang boleh diturunkan kepada anak, cucu dan warisan seterusnya.
Koleksi berlian Hearts on Fire oleh Habib Jewels mengetengahkan simbol cinta yang sejati menerusi potongan permatanya yang bukan sahaja eksklusif tetapi boleh juga dikira kemas dna unik menerusi rekaan moden seperti loket Fulfillment Diamond Pendant ini sambil dikarungkan logam emas putih 18 karat.
Jika pacar, ibu atau sahabat perempuan kamu tidak gemar memakai rantai, mungkin boleh hadiahkan mereka sepasang anting-anting berlian dari siri Fulfillment Stud Earrings ringkas sebegini yang turut dikarungkan logam emas putih 18 karat. jangan khuatir, rekaan anting-anting ini juga ditawarkan dalam pilihan emas kuning dan rose gold.
Buat wanita yang lebih sentimental, cincin Fulfillment Round Band bertatah berlian ini pastinya merupakan pilihan yang tepat.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [heartsonfire.com.my] atau berkunjung ke mana-mana cawangan Habib Jewels terdekat seluruh Malaysia untuk dapatkan koleksi perhiasan mewah Hearts on Fire.