Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hakikatnya memang tak banyak masa yang dapat diluangkan bersama. Bila hari biasa cuma jumpa waktu awal pagi dan malam kerana masing-masing berkerjaya, manakala hujung minggu pula sibuk memenuhi undangan perkahwinanlah, melakukan perkara-perkara atau rutin yang tidak mampu dilakukan pada hari biasa seperti mengemas rumah dan sebagainya. Jadi, bila masa kamu meluangkan masa kualiti bersama tersayang untuk berdua-duaan?
Mungkin cara paling mudah hanyalah dengan menonton televisyen betul tak kerana menonton filem atau drama mengambil masa tidak sampai 2 jam, kecuali kalau kamu menonton filem Bollywood kerana babak menyanyinya pun sudah makan 10 hingga 15 minit, hehe!
Cadangan Wanista sempena Hari Kekasih yang bakal menjelang 14 Februari nanti, mungkin kamu boleh menghabiskan masa bersama tersayang dengan menonton kembali filem-filem romantis ini. Mana tahu boleh menghangatkan lagi hubungan cinta kamu dengan si dia. ❤️
#1 The Vow [2012] ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ini adalah salah satu filem yang dianggap sebagai filem romantis sepanjang zaman, The Vow mengisahkan pasangan yang kahwin kerana cinta namun kehangatan rumah tangga yang baru dibina hancur lebur apabila mereka terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan si isteri bernama Paige lakonan Rachel McAdams cedera parah di kepala sehingga menjadi pelupa.
Suaminya Leo lakonan Channing Tatum akhirnya sedaya upaya mencari jalan mengembalikan kembali ingatan isterinya yang menganggap dia orang asing.
#2 Sekali Lagi [2011] ⭐️⭐️⭐️⭐️
Mengisahkan pasangan muda yang bercinta, antara Arman dan Sheila namun ditentang ibu keras ibu Arman. Suatu hari mereka kahwin lari namun ada sebab tertentu menyebabkan suaminya, Arman lakonan Shaheizy Sam membuat keputusan untuk meninggalkan Shiela.
Shiela pula baru mendapat tahu yang dia hamil namun sebaik pulang ke pangkuan keluarga (setelah diceraikan Arman), keluarganya tidak mahu menerimanya sehinggalah dia melahirkan dan menjaga anaknya seorang diri sebagai ibu tunggal. Dari situ, dia mula bertemu semula dengan Arman akan tetapi sifat Arman berubah apabila bersifat seperti kanak-kanak yang seusia dengan anaknya, Nasuha, lakonan Mia Sara.
#3 Pretty Women [1990] ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Merupakan antara filem paling ikonik yang diingati ramai. Tonton kisah cinta antara dua darjat apabila pelacur lakonan Julia Roberts yang dilanggan oleh usahawan kaya lakonan Richard Gere bukanlah untuk memuaskan nafsu tetapi untuk menjadi teman wanita upahan.
Dari situ, mereka saling mengenali dan akhirnya jatuh cinta hinggalah salah faham timbul membuatkan hubungan mereka goyah.
#4 Mann [1999] ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Priya lakonan Manisha Koirala merupakan seorang guru musik untuk anak-anak yang bertunangan dengan Raj lakonan Anil Kapoor yang telah dia setujui untuk menikah. Hal ini disebabkan karena Raj telah banyak membantunya. Priya dan Dev lakonan Aamir Khan bertemu di kapal pesiar dan mereka saling jatuh cinta.
Akan tetapi mereka sudah bertunangan dengan orang lain sehingga mereka setuju untuk menyelesaikan semuanya dan berjanji bertemu semula dalam masa 6 bulan pada Hari Kekasih (Valentine’s Day) untuk menikah.
#5 Safe Haven [2013] ⭐️⭐️⭐️⭐️
Berkahwin dengan lelaki baran membuatkan wanita bernama Katie lari jauh untuk bersembunyi di sebuah kejiranan di pesisir pulau apabila dia telah tidak sengaja menikam suaminya dalam satu perkelahian.
Untuk mengelak dirinya terus didera mahupun dicekup polis, dia telah berpindah di pulau tersebut untuk membina hidup baru -kemudian berpacaran dengan lelaki yang baru ditemuinya bernama Alex dan tanpa sedar, bekas suaminya tiba di pulau tersebut untuk menjejaki dia sekaligus mengugutnya.
#6 Puteri Impian [1997] ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Filem romantis paling hangat sekitar 90-an. Impian Nora yang hanya seorang pekerja kilang untuk menjadi puteri raja akhirnya dizahirkan sebuah rancangan realiti televisyen, “Memburu Impian”. Dia diberi peluang selama seminggu untuk menjalani kehidupan sebenar sebagai puteri raja sebenar sehinggalah akhirnya menangkap cinta seorang putera.
Sampai waktu dirinya mahu dikahwini Putera Faizal, Nora lakonan Amy Mastura menjadi buntu dan tidak tahu sama ada mahu meneruskan hidup sebagai seorang puteri atau orang biasa.
https://www.youtube.com/watch?v=AaGhNdnKjI8
#7 A Walk To Remember [2002] ⭐️⭐️⭐️⭐️
Berkisarkan pasangan yang pada awalnya bermusuhan kerana masing-masing bertentangan karakter namun suatu hari, Jamie lakonan Mandy Moore telah menambat hati lelaki nakal si Landon. Siapa sangka, Jamie rupanya menghidap kanser dan cita-cita Landon untuk memperisteriknya hampir hancur lalu membuat keputusannya untuk melamar Jamie secepat mungkin sebelum teman wanita kesayangannya itu menemui ajal.
Dalam waktu yang masih tersisa, Landon cuba sehabis baik untuk memenuhi semua keinginan Jamie termasuklah untuk membina teleskop bagi memberi peluang Jamie melihat bintang secara lebih dekat.
https://www.youtube.com/watch?v=4E4BMn29rvc
#8 Mohabbatein [2000] ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Penuh dengan elemn muzik yang buat kamu mengimbau Bollywood klasik. Kasih antara seorang ayah dan wanita yang dicintainya menjadi taruhan besar. Tonton kembali filem ini untuk lihat pengakhirannya yang pasti meruntun jiwa.
https://www.youtube.com/watch?v=5Oig5-EmEMc
#9 Sierra Burgess Is A Loser [2018] ⭐️⭐️⭐️⭐️
Si gemuk Sierra Burgess adalah seorang pelajar yang sering diperlekehkan di sekolahnya meski merupakan pelajar pintar. Suatu hari, dia telah digunakan gadis nakal di sekolahnya untuk berpacaran dengan seorang lelaki dna akhirnya benar-benar menyukai lelaki tersebut meskipun lelaki itu tidak mengetahui fizikal sebenarny ayang gemuk.
Untuk meneruskan hasrat hatinya, dia mula bersahabat baik dengan gadis nakal tersebut dan penutup filem ini sangat mengejutkan. Kena tonton sendiri! Cinta itu memang buta…
#10 Me Before You [2016] ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
William seorang anak jutawan akhirnya ditimpa tangga apabila dirinya menjadi lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan. Namun suatu hari, muncul seorang gadis ‘pelik’ bernama Louisa yang datang sebagai penjaga upahan untuk menguruskan hari-harinya.
Benci bertukar cinta, namun William tidak mahu menerima Louisa kerana dia tahu yang ajalnya menjelang tiba.
Ambil masa untuk relaks dan tonton filem-filem ini bersama kesayangan korang okay?
Selamat berhibur! ❤️