Anda pengikut fesyen The Kardashian/Jenner? Pasti anda ketahui adik-beradik ini obses dengan trend latex dress. Acapkali memakai dress dari bahan latex (getah) yang adakalanya membuat mata kita juling melihatnya.
Membuat kemunculan dalam program The Tonight Show, Kim lagi sekali tampil dalam balutan dress dari material latex dengan cetakan ular. Fesyenista 38 tahun itu dilihat bangga mempamerkan susuk tubuh ‘curvy’ dimilikinya kepada orang ramai. Dipadankan dengan boots baldu dan rambut dibuat sanggul membuatkan penampilan Kim menawan walaupun kita tertanya-tanya ‘bagaimana Kim boleh berjalan dalam dress seketat itu’, ‘boleh bernafas ke?’, ‘mesti senak perut’…
“Selalunya apabila Kardashian/Jenner memakai outfit tersebut, mereka hanya pakai dan tidak akan berulang,” jelas Laura Petrielle-Pulic yang pernah bekerja dengan Kylie Jenner dan Nicki Minaj. No wonder….
Ini bukanlah kali pertama Kim memakai latex dress, dia cukup sukakan gaya tersebut bahkan banyak kali dalam balutan dress bagai sarung nangka itu.
Nah saksikan…
#1 Warna Neon
#2 Merah Jambu
#3 Hitam
#4 Nude
#5 Kelabu
#6 Rona Nude
Tak sakit ke Kim? Nak bergaya sanggup menyusahkan diri…