Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Umum Tutup Cawangan, Parkson Suria KLCC Buat Jualan Murah Besar-Besaran

by Afiqah Syamin
February 8, 2019
Sumber: Blogspot/Niya's World

Sumber: Blogspot/Niya's World

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sedih, tirai 2019 dibuka dengan berita bahawa gedung membeli-belah Parkson Malaysia cawangan KLCC yang dibuka sejak 1998 dan meliputi kawasan sebesar 126,000 kaki persegi itu bakal ditutup gara-gara perubahan dinamik pasaran hari ini sekaligus membuatkan mereka kerugian besar.

Menerusi laporan Star Online hujung minggu lalu, Parkson cawangan KLCC seterusnya ada menganjurkan jualan murah besar-besaran bagi “melicinkan” kesemua barangan jualan mereka sehingga 17 Februari ini.

Untuk pengetahuan semua lagi, Parkson cawangan KLCC adalah gedung tiga tingkat dan mereka merupakan penyewa terawal di KLCC sejak pembukaan Suria KLCC 21 tahun dahulu.

Sumber: The Vocket

Walau bagaimanapun, ada pihak merasakan Suria KLCC telah berlaku tidak adil terhadap jenama keluaran Malaysia sendiri kerana turut melucutkan peyambungan kontrak penyewaan kepada gedung pakaian BritishIndia (juga jenama Malaysia), malah langsung tidak memberi sebarang pilihan lain selain hanya mahu menamatkan terus kontrak BritishIndia.

Kata sumber lagi, Suria KLCC yang sengaja nekad mahukan kembali tapak gedung Parkson (tanpa kerelaan Parkson) untuk melakukan perubahan segera terhadap pusat membeli-belahnya dengan mencari penyewa baru yang lebih berpotensi.

Sumber: BritishIndia

Sebelum ini, BTC Clothier Sdn Bhd gagal untuk terus beroperasi di Suria KLCC dan pengasasnya, Liew Yam Ngoon, menganggap tindakan Suria KLCC itu merupakan satu tindakan diskriminasi terhadap jenama-jenama Malaysia sendiri.

BACA: 25 Jenama Mewah Disangka “Overseas Brand” Ni Sebenarnya Buatan Malaysia!

Parkson kini memiliki lebih 100 cawangan seluruh Asia dan 40 cawangan dalam negara namun pada tahun lalu, ia telah menutup cawangannya yang berada di Maju Junction meliputi kawasan seluas 220,000 kaki persegi biarpun telah beroperasi sejak 2014.

Sumber: Twitter

Dalam perkembagan lainnya, Parkson juga telah menutup cawangan di Sungei Wang Plaza yang telah dibuka sejak 1987 serta cawangannya di Flemington outlet dekat Ho Chi Mingg City, Vietnam.

SUMBER 1, 2

Tags: Jualan Murah ParksonklccParkson Cawangan KLCCParkson KLCC TutupParkson MalaysiaPusat Membeli-Belah Suria KLCCsuria klccSuria KLCC Tarik Kontrak Penyewa Parkson
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.