Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

3 Sebab Kamu Perlu Heret Kawan Yang Penakut Ke HAUNTU!

by Afiqah Syamin
January 28, 2019
207
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

HAUNTU. Mendengar namanya sahaja sudah boleh buat kita tertanya-tanya apakah yang cuba disampaikan dari perkataan itu? Boleh jadi ia adalah ejaan moden bagi perkataan “HANTU” yang lazimnya adalah gelaran diberi kepada makhluk halus atau jelmaan entiti berwajah seram yang tidak diketahui asal-usulnya sepeti Pocong, Langsuir mahupun si pencuri cilik paling handal iaitu Toyol atau… mungkin juga “HAUNT YOU” yang merupakan ungkapan bahasa Inggeris bermaksud “Menghatui kamu”.

Jika gemarkan filem bergenre aksi suspen dan seram seperti penulis, ini adalah masanya kamu beraksi dalam “cerita” fiksyen secara realistik. Dah sedia nak terokai sisi gelap HAUNTU yang merupakan tarikan baharu di Kuala Lumpur ini?

Tonton Trailer HAUNTU MALAYSIA

Bukan Rumah Hantu Biasa

Teka penulis, ini mesti mirip cabaran “Escape Room” yang memerlukan peserta menyelesaikan teka-teki sebelum beroleh petunjuk dan bisa melepaskan diri seperti dalam filem-filem psiko SAW umpamanya. Namun ternyata, HAUNTU adalah hiburan luar biasa yang menguji ketabahan individu untuk meneruskan hidup selagi mampu. Run for your life! Amaran penulis, sila pakai seluar dan kasut rendah kalau tak mahu MATI.

Sebaik tiba, kamu akan disambut oleh dua orang penyambut tetamu yang memakai lengkap seperti penjaga meja hadapan hotel era 50-an.

Tempoh hari penulis berpeluang merasa pengalaman bermain di HAUNTU. Intipatinya, permainan ini perlu dimainkan secara berkumpulan -tidak lebih dari 10 orang. Kita akan diberikan nama samaran dan menyertai satu misi rahsia untuk mencuri jongkong emas bernilai dari bilik hotel tertentu berlatarkan bangunan COLE EASTERN HOTEL yang wujud di era-50. Memang sumpah rasa macam masuk zaman P. Ramlee!

Pemain boleh berkumpul di kafe berkonsep kolonial ini sambil dihidangkan minuman dan coklat untuk santapan sementara menunggu bilik hotel disiapkan.

Tiga Sebab Kenapa Kamu Perlu Heret Sama Kawan Yang Penakut

#1 Berlakon Sekali Dalam Babak “Berhantu” 

Selalu masuk rumah hantu kamu cuma akan berjalan sambil diganggu olok-olok oleh hantu bertopeng kan? Berbeza dengan HAUNTU, kamu dan rakan-rakan adalah pelakon yang akan berdepan dengan babak-babak paling berhantu demi melengkapkan jalan cerita sebenar.

Surat yang tertulis misi cabaran untuk kamu dan teman sekumpulan lalui sepanjang di dalam nanti.

HAUNTU berkonsepkan live theater luar biasa bila setiap sudut hotel ditempatkan pelakon yang akan menjadi watak untuk membantu kamu menyelesaikan misi. Ini termasuklah pembantu hotel, cleaner hotel, pengawal hotel dll. Paling penting, rahsiakan nama sebenar kamu dan jangan sesekali percaya dengan sesiapa yang kamu temui di dalam hotel nanti. Jeng, jeng, jeng!

Nombor bilik akan diedar kepada kumpulan dalam bentuk kad hotel sebenar. UNIK!

#2 Gambar Orang Hilang Dimana-Mana

Pernah tengok drama bersiri CSI? Siap sedia untuk melihat foto-foto orang lama yang hilang secara misteri menghiasi segenap ruang dinding dalam hotel ini. Menurut cerita, hotel ini menyimpan misteri tersendiri. Lagi seram bila tengok gambar hitam putih orang lama yang dilabel “Missing”. 100% penulis kagum dengan cara hiasan dalamannya yang terlihat seolah benar-benar dalam bangunan hotel lama. Baru real weh!

Tag nama samaran orang dulu-dulu akan diberikan kepada setiap pemain dan harus dipakai sepanjang menjalankan misi di dalam hotel.

#3 Cabar Diri Masuk Ruang Yang Gelap & Sempit

IKLAN

Ini memang mimpi ngeri bagi sesiapa yang ada fobia dengan tempat gelap atau ruang sempit! Dalam HAUNTU, kamu dan rakan-rakan perlu menyusuri ruang gelap, melihat percikan darah di dinding dan merangkak di bawah timbunan “benda” sambil mendengar bunyi-bunyian sumpahan.

Sanggup bertemu watak-watak seram dalam hotel sebegini sambil melalui laluan hotel yang lampunya samar-samar begini? Pasti ada teman-teman kamu yang menjerit nanti. SERAM! Sumber: Stail.my

Jaga-jaga, ingatkan kawan yang duduk di belakang sekali tu jalan lupa tutup pintu ~ Takut ada yang mengikut pula nanti.

Harga Tiket

Meskipun harga tiket yang dikenakan adalah RM58/seorang, menurut penulis ia masih lagi relevan kerana pengalamannya sangat unik dan ini bukan rumah hantu yang dipenuhi hantu klise. Tiada pocong, tiada pontianak dan tiada bunyi hantu mengilai. Jangan risau, tiada juga hantu yang akan mengejar atau menyentuh kamu. Kalau nak rasa keistimewaan HAUNTU yang lain daripada lain, kena pergi dan main sendiri.

Lagi watak dalam hotel yang akan berinteraksi dengan kamu. Jaga-jaga ya? Sumber: Stail.my

Menariknya di HAUNTU, selang beberapa bulan kisahnya akan bertukar memberi peluang kepada kita sebagai pemain untuk meneroka lebih banyak kisah-kisah misteri berlatarkan hotel misteri yang berusia lebih 69 tahun ini. Mungkin kali ini kamu bermain sebagai pengintip dan pencuri jongkong emas tetapi lain kali kamu akan datang ke HAUNTU untuk memegang watak sebagai pelancong asing yang datang ke COLE EASTERN HOTEL untuk menginap pula. Who knows what next?

Seram, syok dan tak puas rasanya. Kalau bawa kawan yang penakut memang berdekah jugalah dibuatnya, mesti kelakar tengok kawan korang terpekik-terlolong HAHA! Sesuai juga untuk korang yang nak sambut Bachelorette Party dengan cara paling win atau nak buat “Team Building” sesama rakan sepejabat. 

Sumber: Stail.my

Tempahan awal secara atas talian amat digalakkan untuk mengelak slot penuh dan boleh dibuat [DI SINI].

Alamat: Hauntu, 2-9, Level 2, The LINC KL, 360 Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 011-1686 9199

Waktu Operasi: Setiap hari dari 11am – 11pm.

Been there, done that. Penulis bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ !!!

Tags: aktiviti cuti sekolahCOLE EASTERN HOTELEscape RoomHAUNTUHAUNTU MALAYSIArumah hantuRumah Hantu Paling PerhantuTarikan Baru Di Kuala LumpurThe Linc KL
Share83SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Vocal Media
Gaya Hidup

Ramai Lupa Untuk Simpan Privasi Hubungan Cinta, Jangan Sampai Silap Langkah..

March 26, 2023
Foto - Hijabista
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Sejadah Pilihan Sebagai Buah Tangan Ramadhan & Aidilfitri Untuk Keluarga

March 26, 2023
Foto - Byrdie
Kecantikan

3 Mitos Cara Cuci Wajah Yang Salah, Mari Kita Betulkan Sebelum Kulit Rosak!

March 26, 2023
Foto - MICHAEL TRAN/AFP via Getty Images
Hiburan

Hadiah Pakej Percutian Dan Botox! Gift Bag Anugerah Oscar Versi Mimpi Kayangan

March 25, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    3 Sebab Kamu Perlu Heret Kawan Yang Penakut Ke HAUNTU!

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.