Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Anak Berjinak Dengan Porno? 3 Cara Ibu Bapa Halang Akses Ke Laman Lucah

by Afiqah Syamin
January 24, 2019
29
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau dah namanya budak, memang susah kita hendak mengawal aktiviti mereka kalau tak kena cara dan taktik. Nak pula kanak-kanak masa kini memang susah hendak dipisahkan dengan gajet.

Kononnya… memang ramai ibu bapa tak gemar anak berkepit dengan gajet mudah alih seperti telefon pintar dan iPad namun kelonggaran terpaksa juga diberi kerana ia merupakan umpan paling berkesan untuk buat anak senyap dan duduk diam tanpa membuat kacau -terutamanya saat makan di restoran mahupun ketika menghadiri kenduri-kendara.

Sumber: kasperskydaily.com

Bila anak dah ralat bermain gajet, satu hal yang paling merunsingkan kita adalah apabila kita tidak tahu apa yang mereka tonton. Adakalanya kita punyai banyak rutin harian lain sehingga tiada masa untuk menjenguk apa yang mereka lihat menerusi gajet. Umumnya, laman lucah adalah “parasit teknologi” yang paling berbahaya untuk diterokai anak-anak bawah umur. Apa solusinya?

Sumber: firstcrycdn.com

Wanista senaraikan lima aplikasi mudah guna yang bisa dimanfaatkan ibu bapa untuk mengawal pelayaran internet anak-anak sekaligus menghalang akses mereka ke laman-laman lucah.

#1 Clean Browsing: Paling Berkesan Banteras Porno!

Percuma untuk semua orang. Berkesannya CleanBrowsing ini ia dapat bantu kamu sekat pelayaran membuatkan pelayar selamat dari diserang material porno baik menerusi Google, Youtube dan lain-lain. Untuk pengguna laptop atau komputer Windows 10:-

  • Buka “Control Panel” ➡ Klik “Network and Internet”.
  • Kemudian, klik “Network and Sharing Center”.
  • Lihat menu di bahagian paling kiri, pilih “Change adapter settings”.
  • Klik guna butang tetikus kanan (right-click), pilih rangkaian network yang kamu sedang gunakan pada gajet ➡ Sekali lagi gunakan butang kanan tetikus (right-click) ➡ Pilih “Properties”.
  • Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) ➡ Klik butang “Properties” di bahagian bawah kanan.
  • Klik “Use the following DNS server addresses” ➡ Masukkan nombor “185.228.168.168″ dan “185.228.169.168” pada kedua-dua kotak nombor DNS ➡ klik “OK”.
Sumber: Clean Browsing

Siap! Sekarang kamu dan keluarga selamat dari disering sebarang material pornografi yang merosakkan akidah. Penulis dah cuba cara ni, kalau search video porno pun memang tak akan keluar di pilihan Google! Terbaik.

#2 FAMILYTIME: Bagi Yang Mahu Kawal Pergerakan Anak

Khas untuk pengguna Android dan iOS, FamilyTime membenarkan kamu mengawal apa yang boleh dilihat anak-anak. Boleh sekat waktu akses pelayar, menjejak lokasi dan banyak lagi.

Lebih tepat, masa anak-anak menghadap gajet kini boleh dihadkan dengan adalanya pengawalan FamilyTime. Selain itu boleh juga mengawal segala macam kemasukan panggilan dan mesej.

https://www.youtube.com/watch?v=QjTDJc6LGNw

  • Muat turun aplikasi FamilyTime dari atau Google Play atau App Store di telefon pintar kamu➡ Daftar masuk akaun.
  • Masukan nama dan jantina anak ➡ pilih jenama gajet yang digunakan Apple/Android ➡ klik seterusnya.
  • Menerusi gajet milik anak, layari get.familytime.io
  • Muat turun aplikasi “FamilyTime for Kids” ke dalam gajet milik anak ➡ Pilih “Activate this Device”.

Siap! Anak kamu akan selamat dari meneroka sebarang bahan porno di internet. Untuk tutorial penuh bagaimana hendak install aplikasi ini ke gajet anak [KLIK SINI].

#3 Google Safe Search: Untuk Pengguna Setia Google

Melihatkan kebanyakan dari kita menggunakan Google sebagai carian utama di internet, sebenarnya sangat mudah untuk menyekat sebarang bahan lucah berbentuk gambar mahupun teks di internet dengan menetapkan servis “Google Safe Serach” ini.

  • Jika menggunakan laptop atau komputer, secara ringkas buka laman utama Google. 
  • Lihat di hujung bawah paling kanan, klik “Settings” ➡ Klik “Search Settings”.
  • Lihat pilihan paling atas, bahagian “Safe Search Filters” ➡ Klik pada kotak “Turn on Safe Search”.
  • Seterusnya klik “Lock SafeSearch” di bahagian sebelahnya.
  • Klik lagi sekali menu “Lock SafeSearch”. Siap!

Untuk pengguna gajet Android:-

  • Pergi kepada “Settings” dan cari pilihan “Google”, klik.
  • Klik “Search, Assitants & Voice” ➡ Klik “Accounts & Privacy”.
  • Skrol ke bawah hingga terlihat “SafeSearch filter” ➡ gerakan bebola biru ke kanan untuk bersetuju. Siap!

https://www.youtube.com/watch?v=ZNbHGrGJu8Q

Apa-apa pun, penulis nasihatkan kamu menggunakan cara #1 dengan menetapkan CleanBrowsing ke dalam komputer dan gajet lain. Guna CleanBrowsing paling berkesan untuk menyekat laman-laman porno serta pelbagai lagi bahan lucah termasuk gambar dan video. 

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3, 4

Tags: Anak Tonton Video LucahAplikasi Parental ControlBahaya Pornografigambar lucahHalang Akses Anak Ke Laman LucahKetagih PornopornoPornografiSalah Guna Internettips keibubapaanvideo lucahWebsite Lucah
Share12SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

by Sofie Azizlan
January 5, 2022
0

Team Wanista nak tanya, ibu-ibu yang mengandung pernah tak alami Pelvic Girdle Pain (PGP) iaitu rasa sakit pada bahagian ari-ari?...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

by IamLisa
December 20, 2021
0

"Ayish, minta tolong ambil beg tangan mama dalam bilik." Sedapkan bunyi hayat di atas? Jangan anda tak tahu setiap kata-kata yang...

Baca Lagi
Foto - KidZania
Keibubapaan

“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur

by Sofie Azizlan
November 27, 2021
0

"Dah lama rasanya tak bawa anak-anak keluar jalan-jalan" Mak ayah apa kata kamu mula merancang untuk bawa anak-anak ke KidZania...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Keibubapaan

Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

by Sofie Azizlan
November 23, 2021
0

"Menangis tak berhenti, sampaikan timbul urat hijau antara mata dan hidung. Sebab apa ye?" Selalu bila anak kerap dan suka...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.