Khabarnya enam bulan lalu, dua bintang popular Hollywood ini pernah bergandingan dalam sebuah penggambaran kempen iklan bagi jenama jam tangan mewah, Breitling. Kata sumber lagi, sejak itu, kelibat Brad Pitt dan Charlize Theron sering dilihat mesra bersama dan mereka kini dikatakan sedang hangat bercinta!
Walau bagaimanapun, keduanya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung gosip percintaan mereka itu.
Tonton Klip Penggambaran Jam Tangan Mewah Breitling
Menurut sebuah sumber yang boleh dipercayai, dia memberithau People.com bahawa, “Apa yang berlaku selepas sesi penggambaran itu (antara mereka) seolah dibiarkan terlihat. Tidak berhenti di situ, Brad Pitt, 55, dan Charlize Theron, 43, juga dikatakan telah mula berpacaran sekitar Krimas tahun lalu. Mereka juga dikatakan pernah dilihat bertemu secara peribadi untuk sebuah temu janji di Chateau Marmont, Los Angeles.
Kata seorang sumber yang melihat Brad Pitt dan Charlize Theron, mereka nampaknya saling bersentuhan mesra bahkan Brad Pitt sempat merangkul mesra aktres yang merupakan heroin dalam filem “Atomic Blonde” itu tanpa perasaan segan dan sesekali Brad Pitt akan mengenyit mata kepada Charlize Theron.
Sejak sah berpisah dengan Angelina Jolie sekitar 2016, Brad Pitt juga pernah digosipkan bercinta dengan Neri Oxman yang akhirnya menepis sendiri khabar angin berkenaan cinta monyet itu.
Sebelum ini, Charlize juga pernah putus tunang pada tahun 2015 dan nampaknya dia berkongsi persamaan dengan Brad Pitt kerana pernah mengambil dua orang anak angkat antara tahun 2012 hingga 2015 di mana, Brad Pitt memiliki enam orang anak angkat ketika beliau masih bersama bekas isterinya terdahulu.
Walau apa pun yang terjadi, jom kita sama-sama nantikan kesudahan gosip percintaan Brad Pitt dan Charlize Theron ni. Sama cantik, sama padan dan kalau hubungan mereka menjadi apa salahnya kan?