Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Seminit Pun Rasa Lama! Ni Sebab Kamu Tak Tahan Buat Plank

by Izzah Azizah
January 20, 2019
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Artikel penulis tentang senaman plank sebelum ini telah mendapat perhatian ramai. Agaknya memang ramai yang ambil inisiatif untuk melakukan plank daripada bersenam cara biasa. Baca: 10 Senaman Plank Untuk Anda Yang Malas Bergerak. 

Senaman yang nampak mudah ini sangat bagus kerana ia memperbaiki keseimbangan, postur badan dan teras terutamanya pada bahagian abdomen. Kalau siapa ingin perut kempis, plank adalah salah satu rutin yang perlu anda lakukan. Tapi terus terang penulis beritahu, plank nampak senang tapi ia sebenarnya sangat menyakitkan.

Tidak semua orang mampu bertahan untuk selama satu minit pun! Bila buat plank baru anda akan tahu betapa lamanya 10 saat itu. Agaknya kenapa anda tak boleh tahan untuk meniarap tegak? Paling banyak alasan yang diterima ialah badan rasa berat, sakit pada bahagian perut dan tak larat.

Mari kita sama-sama rungkai, kenapa anda tak larat nak habiskan seminit untuk lakukan plank?

Mungkin anda salah postur

Rata-rata yang cepat mengalah ketika plank kerana mengadu sakit dibahagian bahu, perut dan tulang belakang. Berkemungkinan rasa pedih atau mencengkam itu kerana adalah salah langkah dan postur ketika meniarap. Cuba perbaiki terlebih dahulu dan dapatkan arahan dari jurulatih yang lebih arif tentang plank. Jangan cuba memandai-mandai buat sendirian. 

Foto – LIvestrong.com
Sakit otot

Sakit dibahagian otot abdomen sebagai contoh adalah kesan biasa dari aktiviti plank. Otot akan mulai terasa sakit sejurus 24 jam hingga 48 jam. Jangan terlampau risau dengan kesakitan, ia menunjukkan plank yang anda buat memberi kesan untuk abdomen. Paling penting cuba lakukan secara perlahan-lahan dan bukan secara terpaksa. 

Foto – Verywell Health
Sesak nafas

Mungkin ada diantara anda akan mengalami sesak nafas atau nafas tercungap-cungap ketika plank. Ini kerana anda terlalu ghairah dan tidak rileks. Lakukan plank dengan langkah ini, tarik nafas panjang melalui hidung. Sambil tarik nafas, tarik otot abdomen, punggung dan kaki.

RUJUKAN 1 & 2 

Tags: cara betul plankkesalahan buat planksakit buat planksesak nafas buat planktak tahan buat planktips plank
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - LVMH
Fesyen

Lama Tak Dengar, Apa Yang Baru Tentang House of Pucci?

by Iza B
May 22, 2022
0

Semakin jarang dengar nama Pucci dikalangan peminat fesyen mewah. Jenama dari Naples, Itali sudah semakin tenggelam sejak tahun 2000. Jika...

Baca Lagi
Foto - Fanfics
Kecantikan

Bila Tidur Selamatkan Kulit Anda Dengan Krim Malam

by Iza B
May 22, 2022
0

Seronok rasa bila bangun dari tidur bukan sahaja tubuh dan minda jadi segar tapi kulit wajah juga kekal lembut dan...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Fesyen

Dulu Bawa Ke Pasar, Kini Beg Jaring Aksesori OOTD Di Pantai

by Iza B
May 22, 2022
0

Bermula dari tahun 2017, beg jaring atau netted beg telah menjadi pilihan baru sebagai aksesori fesyen. Acap kali digayakan oleh...

Baca Lagi
Foto - New York Times
Fesyen

Selain Rolex, Jenama Jam Tangan Mewah Ini Juga Pilihan Sosialit

by Iza B
May 21, 2022
0

Jam tangan tidak asing lagi dijadikan sebagai aksesori fesyen samada untuk acara formal mahupun kasual. Ada yang memakai jam tangan bukan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.