Kajian saintis sesungguhnya mendedahkan 44 peratus pasangan berkahwin yang asyik bergaduh dalam seminggu berpotensi untuk memiliki kebahagian yang lebih panjang dan sejahtera bersama suami atau isteri mereka. Tetapi, apakah kamu bersetuju dengan hal ini?
Berpandukan kepada logik akal, penulis memang bersetuju bahawa pergaduhan-pergaduhan kecil atau salah faham yang berlaku di antara pasangan yang sedang bercinta mahupun sudah berkahwin sedikit sebanyak menjadi penyebab utama yang kita akan jadi lebih prihatin terhadap pasangan bahkan rasa cinta itu akan berkekalan untuk jangka masa panjang.
Gaduh Tapi Sayang…
Ini kerana selepas bergaduh atau bertengkar, kita secara individu akan berasa puas setelah “bergaduh mulut”, sekurang-kurangnya sudah melepaskan amarah (apa yang terpendam di dalam hati). Tidak lama kemudian… kita pasti akan berasa bersalah dan kasihan terhadap pasangan dan mulai terasa mahu memujuk atau dipujuk betul tak?

6 Sebab Perlu Bangga Kalau Asyik Bergaduh
#1 Petanda Hubungan Kekal Lama
Menurut kajian, salah satu kesilapan yang sering dilakukan pasangan sehingga menyebabkan perpisahan adalah kerana mereka ini sering “Mengelak”. Bila suka nyatakan ketidakpuasan hati, akhirnya kita memilih jalan mudah untuk putuskan hubungan. Walhal, kalau kita berani menyatakan ketidak puasan hati (walaupun kita tahu benda tu akan sakitkan hati pasangan) ianya pasti lebih menyenangkan.
#2 Bertengkar Buat Komunikasi Lebih Senang
Bertengkar adalah salah satu cara (yang sebenarnya baik) untuk kamu dan pasangan berkomunikasi. Biarpun kita berbalah dan menyebut tentang perkara-perkara yang buat kita tak puas hati terhadap pasangan. Setidaknya kita dna pasangan jujur berkata-kata meskipun dengan cara kasar menerusi perasaan marah. Bila dah puas, mesti dua-dua akan senyap… and it will stop there. Settle!

#3 Maksudnya Hubungan Sihat…
Bergaduh atau bertengkar dengan pasangan secara amnya dilihat negatif dan dianggap perbuatan kurang ajar. Namun menurut saintis, ia adalah petanda bahawa hubungan kamu sihat. Namun begitu, adalah lebih baik andainya pasangan tahu mengawal pertengkaran dengan menyentuh hal-hal sensitif berkenaan ketidakpuas-hatian terhadap pasangan tanpa menghina atau meninggikan suara.
#4 Kuatkan Tali Percintaan
Bergaduh banyak mengajar kita tentang diri pasangan dan diri kita sendiri. Konflik kecil selalunya membuatkan kita melihat sisi-sisi ketidak-sempurnaan pasangan dan dari situ, kita mungkin akan berubah demi kebaikan bersama untuk ke jannah, bak kata orang… Kalau selalunya kita dipujuk, mungkin kali ini giliran kita pula bertindak sebagai pemujuk?

#5 Bergaduh Tingkat Tahap Ghairah?
Sesetangah pasangan selesa bergaduh kerana dia merasakan pergaduhan atau perbalahan itu mampu buat mereka jadi lebih intim. Seperti dalam filem-filem barat, selepas bergaduh teruk akhirnya pasangan akan menjadi lebih intim seterusnya melakukan gerak-geri ghairah umpamanya memeluk pasangan secara mesra, bercumbu dll. Semua ini berlaku kerana mereka merasakan pergaduhan itu “bodoh” dan sia-sia dan akhirnya berdamai.
#6 Berbalah Tanda Hubungan Matang
Bayangkan, asal nak mula bergaduh je pasangan cakap “Wahatever”, “Buatlah ikut suka hati awak”, “Awak tenangkan diri dulu nanti dah okay jumpa lagi”… Langsung tak best! Pasangan kita lebih suka mengelak daripada mencari penyelesaian. Nampaknya, mereka ini calon suami/isteri yang sangat tak matang kerana takutkan risiko dan rimas berbincang.

Cara Bergaduh Yang Dianjurkan Saintis
- Hormat: Pasangan bukan binatang, jadi elak berbalah dengan cara menghina atau meletakan tekanan melampau dengan cakap-cakap kasar kamu tu. Elak juga naik tangan.
- Minta Maaf: Setelah puas bergaduh, jangan lupa atau malu untuk minta maaf. Kalau pun salah tu adalah salah dia, minta maaf kerana maaf dapat buat semua orang lembut hati. Jangan ego!
- Jangan Ungkit: Dalam Islam, kita juga dihalang untuk mengungkit kesilapan lama pasangan. Kalau bergaduh tentang masalah sekarang, kenapa perlu kaitkan hal lama? Itu akan buat pergaduhan jadi lebih panjang dan parah nanti.
- Elak Campur Tangan Orang Ketiga: Penulis pernah jadi orang ketiga kononya nak tolong selamatkan hubungan orang tapi akhirnya yang si lelaki ini jatuh cinta pada penulis? Ah, sudah… Jadi kalau boleh, elak campur tangan orang ketiga dalam masalah perhubungan. Cukuplah kamu berdua settle sendiri.
Manfaatkan tips-tips ni sebaik mungkin okay?
Selamat beramal! ❤
RUJUKAN