Komited menawarkan tempat penginapan selesa dan mampu milik buat kaki pengembara, Airbnb tampil menyambut tahun baru dengan cadangan variasi lokasi kembara terbaik untuk dikunjungi sepanjang tahun ini!
Khas untuk rakyat Malaysia yang sukamencabarr diri meneroka bumi orang, ini mungkin 9 destinasi percutian impian yang kamu mahu capai sepanjang 2019.
#1 Kaikoura, New Zealand
Hancur ditampar bencana alam sekitar 2016 lalu, walau bagaimanapun ia kini sudah kembali pulih dan menjadi tumpuan pelancong luar kerana ia merupakan salah satu wilayah di New Zealand yang lengkap dengan pengangkutan awam berkelas seperti kereta api, bas dan lain-lain -memudahkan pelancong mengembara dan melihat sendiri hidupan laut ikan paus secara lebih dekat.
#2 Normandy, Perancis
Cuma dua jam menaiki kereta api dari Paris, apa yang menarik di sini adalah lanskap keindahan alam semula jadi yang percuma untuk semua pengunjung nikmati bahkan, pelancing juga berpeluang membeli dan merasa sendiri keenakan pelbagai jenis keju di sini!
#3 Great Smokey Mountains, Amerika Syarikat
Merupakan lokasi Taman Negara paling banyak menerima kunjungan pelancong di Amerika, jom berjalan dan mendaki gunung gah ini sambil berpeluang melihat hidupan luar yang jarang kita lihat di Malaysia.
Khabarnya, di sini banyak beruang hitam gergasi serta tumbuhan-tumbuhan unik sedia menarik perhatian pengujung!
#4 Wilayah Buenos Aires, Argentina
Dijangka merupakan salah satu destinasi percutian paling agung tahun ini, lihat sendiri kemeriahan kawasan pantai yang tiada tandingan sambil berlatarkan gunung-ganang menghijau seperti yang sellau kita lihat dalam filem.
#5 Accra, Ghana
Teringin ke bumi Afrika? Accra adalah kawasan paling strategik untuk kamu terokai dan jangan ketinggalan untuk berbelanja sakan di bazar berwarna-warni serta menyingkap keindahan pantai Labadi dan Kokrobite sepanjang percutian kamu di sini nanti.
#6 Outer Hebrides, Scotland
Sering dipilih menjadi tempat pengagambaran filem dan drama yang berlatarkan zaman pemerintahan lama menurut sejarah England, kalau kamu sukakan seni bina klasik dan mengetip foto-foto menarik menerusi lensa kamera, ini adalah tempatnya.
#7 Catskill Mountains & Hudson Valley, Amerika Syarikat
Dengar kata di sini lazimnya menjadi tempat banyak band dan pemuzik berkumpul untuk menjayakan festival dan pesta secara bersar-besaran.
Banyak juga aktiviti salji atas gunung turut ditawarkan buat pengunjunng yang sukakan sukan ekstrem seperti papan luncur salji manakala, kalau kamu gemarkan suasana kampung… terdapat ladang-ladang buah anggur dan buah-buahan lain dibuka untuk sesi lawatan.
#8 Santa Catarina State, Brazil
Menjadi rumah kepada beberapa pulau bandar utama menarik di Brazil seperti Joinville, Itajai dan Blumenau, Santa Catarina adalah kawasan gunung-ganang terindah yang mungkin kamu tawan tahun ini.
#9 Bacalar, Mexico
Hadiahkan diri denngan percutian yang ditemani bunyi ombak, deru angin serta pemandangan air laut biru di sini. Cuma tiga jam pemanduan dari Cancun International Airport, Bacalar, ketahuilah bahawa sekitar 270 tahun lalu, pulau indah bernama Bacalar ini pernah ditawan lanun namun kini ia sudah berubah menjadi tempat pelancongan paling laku yang turut dimeriahkan dengan pelbagai restoran makanan laut, kedai-kedai menarik dan lain-lain.
Selamat merancang percutian dengan Airbnb semuanya! ❤