Ramai orang terbangun di jam yang sama waktu malam. Namun sayangnya, fenomena ini sering kali diabaikan.
Tahukah kamu bahawa ini adalah cara tubuh dan Allah berkomunikasi dengan kamu?
Untuk pengetahuan umum, waktu kamu terbangun di malam hari itu sebenarnya adalah masa di mana tubuh kamu sedang mengalami ransangan tertentu. Ia juga secara tidak langsung merupakan sebuah medium untuk fizikal dan emosi menyampaikan masalah pada diri kamu.
Jika terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan kerana, fasa tidur menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah.

Menurut ikhtiar perubatan secara spiritual Cina pula, ini maksud kesukaran tidur mengikut jam…
#1 SUKAR TIDUR DARI JAM 9pm – 11pm
Jika kamu kesukaran tidur di antara jam 9 sampai 11 malam, itu adalah tanda stress. Untuk pengetahuan semua, pukul 9 hingga 11 malam adalah jam tidur bagi kebanyakan orang, oleh itu, jika kamu merasa sukar tidur… tandanya kamu sedang stress dan khuatir. Solusinya, sila solat hajat agar hati kamu menjadi lebih tenang bagi yang beragama Islam.
#2 TERJAGA DARI JAM 11pm – 1am
Terbangun sekitar jam 11 malam hingga 1 pagi? Itu petanda bahawa kamu mengalami kekecewaan emosi. Perubatan Cina kuno mengatakan bahawa ini adalah waktu di mana pundi hempedu sedang aktif. Cubalah untuk tenang dan memaafkan dirimu sendiri kerana ia mungkin membantu.
#3 TERJAGA DARI JAM 1am – 3am
Terjaga dari lena antara jam 1 hingga 3 pagi menunjukkan kemarahan. Menurut perubatan spiritual Cina ia menunjukkan titik energi kamu sangat terhubung dengan hati. Untuk itu, cuba teguk air sejuk dan bermeditasi agar boleh tidur semula dengan hati dan jiwa yang lapang.
#4 TERJAGA DARI JAM 3am – 5am
Jika kamu terbangun dari jam 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu. Jam ini menunjukkan bahagian paru-paru sedang dalam kesempitan dan mungkin kamu sedang bersedih. Percayalah juga bahawa Allah sedang membimbing kamu untuk jadi lebih baik. Cuba bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur.
Jika tidak, lebih baik manfaatkan waktu ini untuk amal pelbagai solat sunat malam. Semoga Allah memberkati ibadah kamu dan mengurniakan kebaikan buat kamu.
#5 TERJAGA DARI JAM 5am – 7am
Terjaga dari jam 5 hingga 7 pagi? Jika kamu bangun di jam ini, dipercayai kamu sedang memiliki emosi yang mantap. Menurut pemahaman cendekiawan, beginilah cara Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada umatnya dengan mengejutkan kamu sekitar jam 5 hingga 7 pagi.
Selepas solat subuh, tak perlu terus pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau tidur lagi. Tetaplah dalam kedudukan atau posisi baring dan teruskan membaca zikir yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w…
Dari Ubadah bin Shamit, dari Rasulullah saw bersabda, “Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca:
“Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi,” kemudian ia berdoa “Ya Allah, ampuni Aku…” atau berdoa apa sahaja pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan solat, pasti diterima solatnya,” (HR. Al-Bukhari).

Dari segi ilmiah pula, jika terjaga dari jam 5 hingga 7 pagi itu, ia petanda kamu mengalami masalah usus besar namun ia boleh diatasi dengan renggangkan otot atau pergi ke tandas untuk buang air kecil/besar umumnya (buang racun & sisa toksin).
Banyak rupanya rahsia yang disimpan tubuh badan kita kan? Lepas ni kalau terjaga di waktu-waktu tertentu waktu malam, faham-faham lah kena buat apa ya.
Selamat beramal! ❤