Siapa bilang hendak jadi cantik itu perlukan tempoh waktu yang lama?
Pernah dengar istilah “Cantik semasa tidur”? Sambil tubuh berehat dari kesibukan harian yang mencabar minda dan fizikal, gunakan waktu itu untuk menjana kecantikan semula jadi dengan adanya bantuan ampuh dari FRESH Lotus Youth Preserve Dream Face Cream
Bagaikan mimpi indah, krim kecantikan untuk semua jenis kulit wajah ini mampu melambatkan proses penuaan bahakan mempercepat penyembuhan terhadap masalah kekeringan yang lazimnya dialami wanita.
Kulit kering secara tidak langsung akan buat wajah terasa gatal bahkan ia akan menampakkan solekan nampak tidak sekata apabila lapisan kulit mula merekah dan mengelupas. Lebih parah apabila kulit kering juga bisa menyumbang kepada permasalahan yang lebih serius seperti pigmentasi dan radang.
Untuk itu, manfaatkan waktu tidur sebaiknya bukan sahaja untuk merehatkan tubuh dan minda tetapi sebagai waktu terapi kulit paling ideal, lebih-lebih lagi apabila menggunakan krim wajah ajaib yang memiliki ekstrak bunga teratai ini.
Khasiat terbaik FRESH Lotus Youth Preserve Dream Face Cream mengandungi elemen antioksidan tinggi, selain buat kulit terasa lembab, licin dan segar sebaik terjaga dari tidur.
Tekstur krim yang ringan tidak berminyak juga membuatkan ianya lebih mudah menyerap hingga ke lapisan kulit paling dalam.
Harga untuk sebalang FRESH Lotus Youth Preserve Dream Face Cream adalah RM222/50ml dan akan mula berada di pasaran menerusi cawangan-cawangan SEPHORA seluruh Malaysia mulai Januari 2019.
FRESH adalah jenama penjagaan wajah dan kecantikan terulung dari Amerika yang menggunakan bahan-bahan alami untuk menyembuh sekaligus mengekal kejelitaan wanita, terutamanya buat mereka yang sentiasa butuhkan ‘makanan’ sihat buat kesejahteraan kulit.
Selain produk penjagaan wajah, FRESH turut menawarkan rangkaian wangian, rangkaian pelembap bibir serta beberapa pilihan produk penjagaan tubuh seperti deodoran dan gel mandian. Untuk keterangan lanjut, klik [fresh.com].