Jika kamu gemar menonton filem-filem pecah panggung, kamu pasti tahu benar dengan rangkaian pawagam MBO Cinemas.
Bagi peminat filem yang sering mencari kepuasan menonton berganda, ketahuilah bahawa MBO Cinemas baru sahaja melancarkan satu lagi cawangan mereka yang kini berlokasi di Atria Shopping Gallery bagi kamu yang tinggal sekitar lembaoh Klang.

Khabrnya, MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery ini menawarkan dewan pawagam yang turut dilengkapi skrin jenis LED pertama di negara ini, diserikan dengan pancaran resolusi HDR 4k untuk kepuasan mata penonton yang memperlihatkan visual lebih terang dan jelas! Semua pengalaman itu boleh dirasakan sendiri apabila menonton dalam dewan panggung khas dipanggil MBO Samsung Onyx Hall.

Tidak kurang dengan itu, dua jenis dewan panggung lain yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan pengunjung adalah termasuk MBO Kecil serta MBO Big Cinema yang dilengkapi skrin gergasi serta gema sistem bunyi bertaraf lima bintang dari siri Dolby Atmos sekaligus, mampu membawa penonton seolah turut berada di dalam filem.
BACA: MBO Janjikan Pengalaman Menonton Berbaloi Pada Harga Rendah
Untuk keterangan lanjut, boleh klik [facebook.com/mbocinemas] atau alwat laman sesawang rasmi MBO Cinemas Malaysia di [mbocinemas.com] untuk pembelian tiket wayang secara atas talian.