Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Nak Tahu Kenapa Gula-Gula Krismas Dibuat Bentuk Huruf “J” ?

by Afiqah Syamin
December 20, 2018
Sumber: delish.com

Sumber: delish.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mungkin pada zahirnya, kita cuma tahu Candy Cane itu adalah jenis gula-gula biasa yang merupakan antara manisan wajib untuk dinikmati sepanjang musim perayaan Natal. Namun, ramai tidak tahu kebenaran di sebalik kewujudan gula-gula tersebut yang sebenarnya memiliki mesej tersirat.

Seperti biasa, perasaan ingin tahu yang keterlaluan membuatkan penulis gigih mencari fakta-fakta sahih dan rupa-rupanya, Candy Cane adalah simbol keagamaan Kristian yang wujud sejak 1670 bermula di German.

Keadaan ini mengingatkan penulis kembali kepada sejarah terciptanya menu roti pintal dipanggil Pretzel.

Sumber: Youtube

Ini kerana, Pretzel juga pada asalnya mengikut lagenda dan sejarah adalah sejenis hidangan snek diperbuat menggunakan lebihan tepung roti oleh para pendeta Kristian Eropah yang berkhidmat di sekitar daerah Utara Itali atau Selatan Perancis pada tahun 610 sebelum masihi -dijadikan ganjaran buat pelajar agama Kristian waktu itu.

BACA: Fakta Sebenar Tentang Pretzel Yang Akan Merubah Persepsi Korang Selama-Lamanya

Untuk mencelikkan minda kamu di samping menambah pengetahuan am, ini lagenda dan sejarah sebenar gula-gula Candy Cane. 

Asalnya Berbentuk Lurus

Mula popular di Amerika setelah resepi gula-gula itu dibawa masuk oleh seorang pendatang German-Sweden sekitar 1847. Dahulunya, gula-gula tersebut cuma berwarna putih dan berbentuk lurus seperti sebatang kayu. Bahkan, ia cuma berperisa manis gula.

Sumber: Pinterest

Bentuk Huruf “J” Mewakili Jesus

Seperti yang kita semua tahu, Jesus atau Nabi Isa adalah kononnya ‘anak tuhan’ yang diagungkan mengikut kepercayaan Kristian. Suatu ketika di Indiana, seorang tukang pembuat gula-gula ingin mencipta sesuatu yang bisa mengingatkan orang ramai (penganut Kristian) kepada Jesus, lalu ia mencipta sejenis gula-gula berperisa pudina dipanggil Christmas Candy Cane yang berbentuk “J” -merujuk kepada nama Jesus. 

Sumber: Facebook

Warna yang digunakan untuk menghasilkan Christmas Candy Cane pula menggabungkan rona putih dan merah yang memiliki maksud tersendiri iaitu, jalur MERAH melambangkan darah suci yang mengalir dari tubuh Jesus saat dia disalib… manakala jalur PUTIH pula menggambarkan kesucian jiwa Jesus yang bersih dari segala dosa.

Tonton Proses Pembikinan Candy Cane

Ada pula sumber menyatakan bahawa selain bentuk Candy Cane yang berupa huruf “J”, ia juga mungkin dijadikan sebegitu rupa untuk menyerupai tongkat milik Shepherd (gelaran lain bagi Jesus). Ini  kerana, menurut penjelasan dari sumber, tongkat itu sering digunakan Jesus saat dia mengembala kambing untuk menangkap kambing-kambing belaannya.

Terdahulu banyak kes-kes menglibatkan pengharaman Candy Cane termasuklah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian kerana Candy Cane dianggap sebagai simbol keagamaan yang mungkin tidak sesuai untuk diamati para pelajar yang bukan beragama Kristian dan Katolik.

Sumber: Facebook

Apa-apa pun, janganlah terlalu taksub dan ini tidak bermaksud kita semua tidak boleh menikmati manisan gula-gula Candy Cane. Sekadar perkongsian ilmu, selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

Tags: Bentuk Tongkat Nabi IsaCandy CaneGambar Gula-GulaGula-Gula Bentuk Huruf JGula-Gula KrismasJesusKrismas 2018Krismas Di MalaysiaMaksud Gula-Gula Candy CaneManisansambutan krismasSejarah Candy CaneSimbol Kristian
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.