Kalau kamu seorang kaki wayang, kamu pastinya sudah tidak sabar mahu menunggu kehadiran filem-filem baharu yang lebih mantap untuk tahun akan datang betul tak?
Khabarnya, barisan filem tahun 2019 banyak berlandaskan genre fantasi dan aksi termasuklah jalan cerita yang menampilkan adiwira-adiwira hebat seperti X-Men, Spider-Man, Captain Marvel, Godzilla, Star Wars: Episode IX dan Charlie’s Angel.
Tidak kurang, siri hebat animasi juga dapat dilihat mendominasi barisan filem pecah panggung 2019 tau!
Selain Frozen 2, The Angry Birds 2 Movie, Mowgli dan Aladdin, lihat filem mana yang menarik untuk ditonton sepanjang 2019 nanti.
#1 The Lion King
Merupakan antara judul filem Disney paling popular bagi kalangan mereka yang hidup di zaman 90-an, akhirnya The Lion King kembali dalam versi animasi yang lebih moden untuk tontonan generasi baru dan lama!
Kamu pasti lebih asyik dengan pengembaraan Simba untuk meneruskan legasi ketuanan bapanya untuk mengharmonikan seisi alam.
Tarikh Tayang: Julai 2019
#2 Pet Sematary
Berdasarkan salah satu judul hebat karya penulisan Stephan Kings. Kmau pasti dibuai sensasi misteri sebaik menonton filem ini nanti.
Seperti biasa, Paramount Pictures tidak pernah gagal membuatkan penonton terpukau dengan filem-filem terbitannya, Pet Sematary mengisahkan sebuah keluarga membeli rumah dalam kawasan hutan terkesan dengan keganjilan suasana sekeliling yang hakikatnya milik ‘sesuatu’ di mana, kanak-kanak dan haiwan menjadi perantara.
Tarikh Tayang: April 2019
#3 Happy Death Day 2U
Nampaknya virus “Happy Death Day” ini telah berjangkit kepada seorang lagi rakan Tree Gelbman. Seseorang bisa menghadapi proses Dejavu yang mengerikan di mana ajal mereka sudah boleh diteka termasuklah entiti misteri bertopeng yang menjadi dalang terhadap semua kejadian pembunuhan ini.
Pembunuhan tersebut tidak akan tamat sehinggalah individu terbabit menyelesaikan sendiri kes pembunuhan dan kematiannya dengan mencari tahu siapakan individu di sebalik topeng berkenaan. Lebih aksi dan lebih debaran, nantikan filem ini okay!
Tarikh Tayang: Februari 2019
#4 Avengers: Endgame
Lihat kegigihan kumpulan Adiwira Avengers menghalang penawanan kuasa hitam Thanos terhadap isi dunia! Penuh dengan aksi, kisah suka dan duka, siapa bilang filem sebegini tidak mampu membuatkan kamu luluh hati? Kalau superhero sendiri pun boleh menangis kerana kesal dengan kekalahan, bagaimana pula dnegan hati kita yang ringas bak kapas ni?
Apakah kuasa Avengers semakin lemah dan hanya mampu membiarkan Thanos menguasai dunia dengan kekejamannya? Lihat semuanya dalam Avengers Endgame!
Tarikh Tayang: Mei 2019
#5 Toy Story 4
Mengimbau memori kita yang membesar sekitar era 90-an… Kamu pasti merindui karakter Woody dan Buzz Lightyear kan? Saksikan apa pula kisah hidup yang bakal mereka laluan dalam filem kali ini. Apa yang pasti, kelucuan mereka tiada tandingannya!
Tarikh Tayang: Jun 2019
#6 How To Train Your Dragon
Rindu dengan kecomelan dan keletah Toothless? Nampaknya naga kesayangan Hiccup Horrendous itu sudah semakin matang dan membesar. Dia juga sudah tangkas dalam membantu tuannya melawan kuasa jahat yang mahu mencemarkan daerah kebanggaannya untuk menyelamatkan hidupan naga sekalian.
Bukan kanak-kanak je suka tonton filem ni, dewasa pun pasti puas hati dengan isi penceritaannya yang diselang-selikan dengan bahan lawak.
Tarikh Tayangan: Februari 2019
#7 Isn’t It Romantic
Kisah Natalie si montel yang tidak mempercayai kisah dan dunia percintaan sehinggalah hidupnya tiba-tiba berubah menjadi lebih baik dan mewah seolah hidup dalam kehidupan orang lain!
Apa yang menarik, kehidupannya setiap hari dikelilingi momen manis bahkan ramai lelaki sudah mulai mencintainya… Apa sebenarnya yang terjadi? Lihat semuanya dalam filem ini nanti.
Tarikh Tayangan: Februari 2019
#8 IT: Chapter Two
Badut Pennywise yang disangka sudah mati tiba-tiba muncul kembali, menghantui jiwa kumpulan sekawan yang terdiri dari Bill, Baverly, Eddie, Stanley, Mike, Ben dan Richie biarpun mereka kini sudah dewasa.
Lihat misteri baharu yang bakal dirungkai mereka untuk menghapuskan identiti badut kejam si pemakan kanak-kanak yang digeruni penduduk sekitar kawasan kejiranan kecil Derry daerah Maine, Amerika Syarikat itu.
Tarikh Tayang: Julai 2019
https://www.youtube.com/watch?v=M4_NFYeXVCU
#9 The Curse of La Llorona
Terbitan Warner Bros, The Curse of La Llorona merupakan salah satu filem paling seram yang wajib ditonton tahun depan! Tengok trailer je pun dah boleh buat kita kecut perut apa lagi bila berada dalam panggung wayang nanti!
Nak tahu siapa Llorona yang berhantu sangat tu kenalah tengok. Sengaja nak pesan, kalau pergi wayang nanti jangan tengok sorang-sorang tau… Hehehe
Tarikh Tayang: April 2019
#10 Pokémon Detective Pikachu
Buat pertama kalinya kita semua akan mendengar suara pokemon comel yang bernama Pikachu ini! Lihat keharmonian manusia dengan kehidupan pokemon yang mampu buat kamu jadi tak keruan. Boleh kata semua makhluk belaan pokemon dalam filem ini comel-comel belaka!
Tarikh Tayang: Mei 2019
Bila dah tau senarai ni bolehlah prepare dan susun jadual elok-elok kan?
Selamat menonton! ❤