Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Fesyen

Take Note! Ini Trend Fesyen Paling Hangat Untuk 2019

by Afiqah Syamin
December 11, 2018
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Fesyen dan pembawakan gaya pemakaian sering berubah mengikut peredaran zaman, namun jangan pula ada yang terkejut kerana gaya retro dan 90-an seperti cetakan skraf, corak kulit harimau bintang dan fabrik tie dye umpanya dilihat bakal mendominasi jiwa para fashionista sepanjang 2019!

Khas buat anda yang mengagumi fesyen, cuba amati senarai 8 trend yang Wanista ramalkan bakal hangat sekitar tahun hadapan.

#1 Bulu-Bulu

Masih lagi perincian bulu-bulu. Tetapi isimewanya untuk 2019, perincian glamor itu seolah-olah lebih ekstrem di mana, ia lebih meriah -dimanfaatkan sebagai penyeri utama helaian terutamanya bagi jenis-jenis fabrik yang polos semata.

Sumber: Oscar de la Renta

#2 Kulit Harimau Bintang

Jika tahun ini cetakan berjalur menjadi tumpuan, tahun hadapan… kita ada cetakan kulit harimau bintang yang pernah popular sekitar 2010 dahulu. Jom keluarkan balik baju-baju lama yang ada corak kulit leopard!

Sumber: Philipp Plein

#3 All That Fringe!

Suka melihat helaian dress yang digayakan penari samba? Jangan khuatir kerana kamu juga boleh menyertai kemeriahan gerak tari samba apabila bergaya sakan dengan item-item fesyen yang turut dihiasi juntaian tali-tali halus yang bisa menyuntik aura sofistikasi si pemakainya!

Sumber: Tom Ford

#4 Warna-Warna Tanah Liat

Jarang orang memakai warna-warna perang seperti warna tanah liat sebagai helaian utama harian kerana ia dianggap membosankan dan terlalu ringkas. Namun, untuk 2019, jangan segan-segan mengenakan helaian yang berasaskan warna ini kerana ia sememangnya warna yang menjadi pujaan bagi ramai pereka fesyen ternama untuk koleksi terkini mereka.

Sumber: Max Mara

#5 “Jala Ikan”

Jika helaian fesyen menggunakan material kait berupa jala ikan sangat popular sekitar tahun 80-an, nampaknya gaya itu kembali sebagai trend paling hangat untuk menjadi ikutan pada 2019!

Sumber: Dior

#6 Kuning  Pengganti Merah Jambu

Jika warna yang banyak diketengahkan sepanjang tahun 2018 adalah rona merah jambu dan oren, warna kuning terang bakal menyusul sebagai warna kebanggaan fashionista sepanjang 2019 nanti!

Sumber: Carolina Herrera

#7 Hamparan Skarf

Kalau cetakan skraf ala Versace dan Hermes menjadi igauan para peminat fesyen era 90-an, untuk 2019 trend itu kembali bagaikan mengimbau memori lampau yang pernah gah suatu ketika dahulu.

Sumber: Balenciaga

#8 Inspirasi Tie Dye

Kalau dahulunya pakaian yang berasaskan corak tie dye ini hanya dipakai mereka yang mengaplikasikan cara hidup ala hippies… 2019 adalah tahun di mana corak cetakan unik ini diangkat menjadi trend fesyen paling mahsyur untuk digayakan mereka yang mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Sumber: R13

Jangan lupa gantikan pakaian dalam almari kamu dengan seleksi helaian fesyen yang mempunyai kesemua ciri-ciri trend fesyen 2019 ni okay?

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 

Tags: Cara Nak Ikut Trend Fesyengaya fesyen terkiniGaya Fesyen Untuk Tahun 2019Pertunjukan FesyenRekaan Pakaian ModenSambut Tahun BaruTahun 2019trend fesyenTrend Fesyen 2019
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Tips - Fesyen

4 Petua Terbaik Untuk Elak Kaki Melecet Ketika Pakai Boots

by Opie Azizlan
October 14, 2021
0

Orang dulu-dulu kata kalau nak elak kaki melecet selepas pakai kasut baru, kamu kena gigit bahagian belakang kasut terlebih dahulu....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips - Fesyen

Kalau Kena Dengan Cara, Wanita Plus Size Boleh Jadi Lebih Bergaya

by Opie Azizlan
January 26, 2021
0

Nak kelihatan bergaya? Wanita yang bersaiz besar sering menghadapi masalah tentang ini. Mereka sering merasakan tiada pakaian yang sesuai untuk...

Baca Lagi
Tips - Fesyen

Untuk Bentuk Badan Petite, Elak Kasut Ini Kalau Tak Mahu Nampak Bantut

by Opie Azizlan
November 10, 2020
0

Mesti anda sering mendengarkan perkataan "cute", "sweet" dan lain-lain yang digunakan untuk describe gadis yang mempunyai bentuk badan petite atau...

Baca Lagi
Tips - Fesyen

Trik Beyonce Guna Untuk Gayakan Kasut Tumit Tinggi

by IamLisa
September 5, 2020
0

Semua wanita suka mengenakan kasut tumit tinggi. Malah, ianya bukan sahaja membuatkan anda kelihatan bergaya dan berketrampilan tetapi tumit tinggi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.