Bila lagi dapat merasa ayam belanda panggang kalau bukan musim Hari Natal macam sekarang ni?
Tahu tak, Doubletree by Hilton KL membolehkan kamu menikmati lebih belasan hidangan yang berlandaskan menu klasik ala barat yang disisip dengan keenakan rasa Krismas pada harga serendah RM158 seorang!
Apa yang menarik, selain kamu bisa makan hingga kenyang, pemandangan waktu malam dari aras 11 restoran Makan Kitchen di hotel ini juga boleh tahan cantik. Memang sesuai sangat kamu mengadakan makan malam secara berkumpulan bersama keluarga mahupun cuma berdua-duaan untuk makan malam romatis bersama tercinta.
Bagi yang tidak meminati hidangan barat, hidangan tradisi India yang ditemani cebisan daging Ayam Belanda empuk turut disediakan seperti Nasi Briyani Ayam Belanda dan banyak lagi.
Hidangan masakan Cina, himpunan menu pasta serta aneka bun untuk dicicah bersama pilihan sup panas juga mampu sahaja membangkitkan selera kuat makan kamu itu!
Harga pakej Buffet Krismas di Makan Kitchen Doubletree by Hilton adalah seperti berikut:-
Makan Kitchen All-Day Dining
- Christmas Hi-Tea Brunch, 22 – 25 Disember 2018: RM118 Nett (Dewasa), RM59 nett (Kanak-kanak). Dari jam 12:30pm – 4:00pm.
- Christmas Feast, 23 – 25 Disember 2018: RM158 Nett (Dewasa), RM79 nett (Kanak-Kanak). Dari jam 6:30pm – 10:30pm.
Nikmati diskaun 25% untuk semua tempahan awal yang dibuat sebelum 15 Disember 2018! Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/DoubletreeKL] atau lawat laman sesawang Doubletree by Hilton KL di [doubletree3.hilton.com].
Restoran Makan Kitchen terletak di aras 11 bangunan hotel Doubletree by Hilton, yang bertempat dalam pusat membeli-belah Intermark, Ampang, KL.