Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Alangkah Terkejut Bila Pewarna Rambut Ubah Wajah Wanita Jadi Bengkak Teruk!

by Afiqah Syamin
December 4, 2018
Alangkah Terkejut Bila Pewarna Rambut Ubah Wajah Wanita Jadi Bengkak Teruk!
180
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kerana impikan kecantikan sementera, wajah milik seorang gadis Britain yang kini menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Paris berubah secara drastik gara-gara alah dengan pewarna rambut yang digunakannya.

Menurut Estelle, 19, dia membeli pewarna rambut berjenama itu di pasaraya berdekatan sekitar Val-De-Marne dan sehabis baik telah mengikut arahan yang terdapat pada kotak pembungkusan produk berkenaan.

Silap Sendiri Tak Ikut Arahan Uji Alah

Walau bagaimanapun, menurut sebuah laporan akhbar luar negara, Estelle cuma menjalankan proses uji alah pada bahagian kulitnya selama 30 minit walhal, pada arahan produk, proses uji alah itu sepatutnya dilakukan pada kulit pengguna sekurang-kurangnya selama 48 jam sebelum boleh terus memakainya.

Mula-mula cuma bengkak pada bahagian mata. Sumber: Le Parisien

Ekoran hal itu juga, Estelle akhirnya terpaksa dikejarkan ke pusat kemalangan dan kecemasan di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan segera melihatkan bengkak kepalanya yang semakin ekstrem dan kelihatan seolah-olah seperti bukan kepala manusia.

Lebih menakutkan apabila bengkak kepalanya itu berterusan hingga beberapa jam sehingga mencapai lebar 36cm dari saiz kepala normal miliknya yang cuma 56cm! Estelle turut disuntik denganadrenalin serta dipantau buat beberapa ketika oleh pakar.

IKLAN

Sumber: Le Parisien

Hasil pemeriksaan doktor memberitahu rupanya Estelle mempunyai alah terhadap sejenis bahan kimia dipanggil Paraphenylenediamine (PPD), yang turut terkandung dalam pewarna rambut berkenaan dan untuk pengetahuan semua, Paraphenylenediamine (PPD) lazzimnya ditemui dalam dakwat tatu, dakwat mesin pencetak kertas, gasolin dan banyak lagi.

Sumber: Le Parisien

Apa-apa pun, pengajaran yang Wanista boleh kongsikan dengan kamu semua adalah… sebelum menggunakan sebarang kosmetik produk baik produk rambut, wajah atau kulit tubuh sekalipun, sila buat uji alah pada bahagian kulit (lazimnya pada siku atau belakang tangan) untuk beberapa ketika dahulu. Ini bagi melihat kalau-kalau ada reaksi negatif daripada produk terhadap tubuh badan kamu.

Penjelasan Estelle Tentang Pengalamnya Yang Alah Dengan Pewarna Rambut

Hati-hati dan bertindaklah dengan bijak sebagai pengguna okay? ❤

RUJUKAN 

Tags: Alah Pada Pewarna RambutAlah Pada ProdukalergikBahaya Produk KecantikanMuka Bengkak Lepas Warnakan RambutMuka Wanita Bengkak Terukpewarna rambutproduk kecantikan
Share72SendShare

Artikel Berkaitan

“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit
Kecantikan

“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Sekiranya kamu tak perasan, warna merah merupakan warna yang paling 'hot' dan popular pada tahun ini. Kebanyakan selebriti mewarnakan rambut...

Baca Lagi
Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius
Kecantikan

Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius

by IamLisa
July 1, 2022
0

Siapa yang mempunyai bulu mata bawah yang pendek, boleh cuba cara Selena Gomez yang viral ini. Kamu perlukan penyepit bulu...

Baca Lagi
Bakuchiol Pengganti Retinol, Ini Sebab Kenapa Pakar Syorkan!
Kecantikan

Bakuchiol Pengganti Retinol, Ini Sebab Kenapa Pakar Syorkan!

by Sofie Azizlan
June 30, 2022
0

Bila mencari produk yang sesuai, kita akan cenderung untuk memilih produk berdasarkan bahan kandungannya. Dan ketika ini, kebanyakan produk skincare...

Baca Lagi
7 Sunscreen Dari Biore Yang Bagus Menurut Netizen
Kecantikan

7 Sunscreen Dari Biore Yang Bagus Menurut Netizen

by IamLisa
June 30, 2022
0

Kenapa sunscreen penting? Kulit kita berfungsi untuk melindungi kita daripada sinaran ultraungu yang berbahaya, itulah sebabnya kita harus menggunakan sunscreen...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Lihat Rambut Baru Gigi & Bella Hadid Untuk Marc Jacobs, Betul Cukur Ke?

  2. 2

    Buat Macam Ini, Celah Paha Hitam Boleh Cerah Dalam Seminggu!

  3. 3

    Tampil Maskulin Pakai Suit, Copy Paste Gaya Selebriti Ini

  4. 4

    7 Sunscreen Dari Biore Yang Bagus Menurut Netizen

  5. 5

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.