Bila tiba pagi Isnin, mulalah ada yang kelam-kabut hendak menyiapkan segala perkara. Masa itulah nak bersiapkan anak-anak ke sekolah, suami lagi kemudian hendak sediakan sarapan dan paling akhir sekali baru diri anda. Akibatnya anda sering kali sampai ke pejabat lewat dan dimarahi oleh bos.
Tak serik ke setiap pagi kena berkejaran sehingga boleh menganggu konsenstrasi aktiviti yang lain. Sejujurnya penulis tidak boleh hidup dalam keadaan tidak teratur. At least biarlah kena ada plan serta perapian yang baik.
Tips ringkas penulis pada anda untuk elak morning disaster terutamanya pada hari Isnin ialah…
Pakaian ke pejabat
Siapkan pakaian untuk seminggu hari bekerja. Basuh, sidai dan gosok baju mengikut jadual sekiranya ada perlu ke mesyuarat, bertemu pelanggan atau majlis kasual. Biar penat untuk 2 jam menggosok pakaian tapi anda tak perlu menggosok dalam keadaan tergesa-gesa setiap hari! Kelebihan ini juga membolehkan ada menghasilkan mix & match yang bergaya dan sekaligus melahirkan citarasa fesyen yang baik.
Menu mingguan
Mereka yang sedang on diet ini perkara yang paling mustahak buat anda. Sediakan satu buku menu untuk setiap minggu supaya anda boleh membeli barang basah dan dapur secukupnya serta tidak membazir! Selain itu, malam sebelumnya anda boleh siapkan bekalan untuk keesokan hari bila semua barang dah ada. Kan senang macam tu…
Cuba spend separuh dari hari minggu anda untuk melengkapkan persiapan. Takkan lah dua hari tersebut anda hendak berhibur semata-mata. Hal ini sama seperti waktu kita sekolah dahulu, siapkan buku mengikut matapelajaran harian. Jangan persoal kenapa orang lain tampak cantik kemas sepanjang masa tapi bukan anda.