Tak semua orang suka duduk dalam bandar melihatkan keadaan sekeliling yang rata-ratanya sibuk, dipenuhi pula dengan kenderaan yang tak putus-putus masuk ke segenap simpang jalan raya. Namun begitu, tahukah kamu masih ada tempat menarik yang dihiasi latar alam semula jadi, terutamanya di kawasan kota popular seperti Mont’Kiara.
Kepada kaki-kaki foto terutamanya, kalau kamu mahukan suatu kelainan, kamu bolehlah berkunjung ke Mont’Kiara untuk merakam seleksi foto menarik sambil berlatarkan persekitaran Mont’Kiara yang pastinya seraya membuatkan foto kamu jadi lebih gah untuk dimuat naik dan dikongsikan dengan pengikut!
Sesuai juga dijadikan lokasi buat si mempelai untuk menjalankan fotografi perkahwinan, ini 5 lokasi fotografi terbaik yang bertempat di Mont’Kiara.
#1 Arcoris Mont’Kiara
Tidak jauh dari KLCC, Arcoris memang sesuai dijadikan latar fotografi untuk individu yang mencintai gaya hidup urban. Melihatkan keadaan keliling yang dihiasi banggunan, lorong-lorong mewah yang turut ditemani tumbuhan hijau begini mampu buat foto murah nampak mahal tau!
#2 Seni Mont’Kiara Sidewalk
Terletak di luar kondominum Seni Mont’Kiara, suasana di sini sangat nyaman dengan tumbuhan-tumbuhan lampai membuatkan keadaan di keliling kelihatan moden dengan hiasan alam semula yang menghijau.
#3 Publika, Solaris Dutamas
Gunakan kreativiti untuk memanfaatkan kawasan sekitar tebing jalan unik yang ada di Solaris Dutamas ni. Confirm meletop gambar korang nanti!
#4 TEN37 Pool Bar @ Hyatt House Kuala Lumpur
Terletak di aras 37 iaitu tingkat paling atas dipanggil TEN37 Pool Bar, siapa sangka ia tersenarai antara lokasi fotografi paling sempurna yang ada di Mont’Kiara. Kalau suka lihat suasana malam yang dihiasi lampu neon memperlihatkan bangunan pencakar langit sensasi yang ada sekitar Kuala Lumpur, bolehlah bergambar di sini ya…
#5 Jalan Changkat Duta Kiara, Mont’Kiara
Lokasi ini berada di sekitar Seni Mont’Kiara, Jalan Changkat Duta Kiara dianggap sebagai antara kawasan paling berharga. kalau kamu bijak mengguanakan aspek sudut kala bergambar, foto kamu itu pasti cantik!
Ha, nanti dah ambil gambar kat tempat-tempat ni jangan lupa tag Wanista di Instagram @wanistadotcom okay? Have fun di Mont’Kiara! ❤