Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Lambat Datang Haid Tak Semestinya Hamil

by Afiqah Syamin
November 27, 2018
Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Eh, lambat datang haid tapi takkanlah mengandung pula”?

Kalau wanita yang belum berkahwin, pasti bingung setiap kali terlewat datang haid. Ada pula jenis orang yang haid datang setahun sekali. Tapi apa sebenarnya masalah yang dihadapi?

Apakah ianya normal dan boleh dibiarkan berterusan tanpa mendapatkan nasihat gara-gara malu berjumpa doktor dan pakar? Jom Wanista senaraikan sebab lain yang membolehkan kamu tidak datang haid dan ianya bukanlah kerana hamil semata-mata.

Sumber: self.com

#1 Tertekan

Biar betul! Tertekan pun rupanya boleh menjadi salah satu sebab kamu terlambat atau tidak datang haid langsung bulan itu. Perubahan gaya hidup drastik yang mempengaruhi rutin harian kamu sebenarnya sedikit-sebanyak bisa mengganggu kitaran haid. Jaga-jaga…

Bukan itu sahaja, hormon GnRH kurang dihasilkan oleh badan ketika stress, lalu menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.

#2 Senaman Aktif Terlampau

Sesetengah daripada kamu mungkin melakukan lebih banyak senaman ketika dalam proses menjayakan diet anda. Oleh itu, tubuh biasanya akan mengambil sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan ini. Period yang datang lewat mungkin akan berlaku selama beberapa bulan sebelum dapat disesuaikan dengan tubuh anda.

Sumber: Pinterest

#3 Kegemukan

Kamu sedang mengalami penambahan berat badan secara mendadak. Oleh itu, pastikan anda mengubah corak pemakanan anda secara perlahan-lahan dan tidak terlalu membuat perubahan drastik. Keadaan ini boleh mengganggu keseimbangan hormon lalu menjejaskan pusingan haid anda.

#4 Perjalanan Jauh

Perjalanan jauh yang memakan masa panjang, terutamanya yang melibatkan perubahan zon waktu, musim, persekitaran dan sebagainya turut menjadi punca lewat haid.

Sumber: Time Magazine

#5 Pra-Menopaus

Sebelum anda memasuki tempoh menopause atau ‘putus haid’, anda akan melalui tempoh fasa pra-menopause.

saat itu, period anda mungkin menjadi kurang dari segi jumlahnya atau jumlah hari. Selain itu, tempohnya juga datang secara tidak berkala, bukannya normal seperti selalu.

BACA: Waktu Ngeri Untuk Semua Wanita, Simtom & Cara Kawal Menopause

Apa-apa pun, kamu sebenarnya tak perlu cepat panik andai kata terputus haid. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari doktor dan jangan malu berkongsi masalah oaky? Selamat beramal!

RUJUKAN

Tags: Haid Tak Menentuhamilinfo kesihatanKitaran HaidLambat Datang Haidmasalah haidpenyakit wanitaPerempuan HamilTak Hamiltips kesihatan
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Fanfics
Kecantikan

Bila Tidur Selamatkan Kulit Anda Dengan Krim Malam

by Iza B
May 22, 2022
0

Seronok rasa bila bangun dari tidur bukan sahaja tubuh dan minda jadi segar tapi kulit wajah juga kekal lembut dan...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Fesyen

Dulu Bawa Ke Pasar, Kini Beg Jaring Aksesori OOTD Di Pantai

by Iza B
May 22, 2022
0

Bermula dari tahun 2017, beg jaring atau netted beg telah menjadi pilihan baru sebagai aksesori fesyen. Acap kali digayakan oleh...

Baca Lagi
Foto - New York Times
Fesyen

Selain Rolex, Jenama Jam Tangan Mewah Ini Juga Pilihan Sosialit

by Iza B
May 21, 2022
0

Jam tangan tidak asing lagi dijadikan sebagai aksesori fesyen samada untuk acara formal mahupun kasual. Ada yang memakai jam tangan bukan...

Baca Lagi
Foto - Good+Well
Gaya Hidup

Selena Gomez Buat Collab Keluarkan Perkakas Dapur Masak!

by Iza B
May 21, 2022
0

Selepas kejayaan dengan Rare Beauty, Selena Gomez mengorak langkah dengan kolaborasi baru bersama usahawan Shiza Shahid iaitu koleksi alatan memasak...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.