Bila bercakap soal kanak-kanak, tentu apa yang terbayang di minda kita adalah kecomelan dan keletah mereka yang tentunya mampu menambat hati orang dewasa. Namun pada dasarnya, tak semua kanak-kanak itu bersifat setanding dengan usianya…
Di barat umumnya, banyak kes jenayah juvana yang melibatkan kanak-kanak bahkan ada antaranya memecah rekod sebagai pembunuh bersiri seawal usia 12 tahun. Untuk merungkai tanda tanya kamu, Wanista senaraikan 5 kanak-kanak paling digeruni dalam sejarah jenayah.
#1 Beth Thomas
Kisah Beth yang berusia 6 tahun pada 1992 ini sangat terkenal di seluruh dunia. Kisah ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai masalah psikologi kerana dia pernah didera secara seksual oleh bapa kandungnya sejak dari bayi.
Tonton Video Beth Mengaku Mahu Membunuh Ibu Bapanya
Sewaktu Beth tinggal bersama keluarga angkatnya, perangai Beth bertukar menjadi seorang yang sangat psiko apabila dia begitu berkobar-kobar untuk cuba membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu menggunakan pisau.
Dalam sebuah temu bual persama pakar psikologi, Beth juga mengaku yang dia pernah menghantukkan kepada adik angkat ke lantai berkali-kali meskipun sudah dirayu untuk berhenti. Beth juga pernah membunuh burung -mencucuk burung malang itu dengan beberapa bilah jarum. Menurut Beth beliau memang gemar membunuh dan tidak merasakan ianya perbuatan yang salah.
Tahun berganti tahun, kini Beth adalah seorang jururawat dan beliau sudah banyak berubah.
#2 Morgan Geysar & Annisa Weier
Berlaku sekitar 31 Mei 2014, dua sekawan bernama Morgan Geysar & Annisa Weier yang masing-masing berusia 12 ketika itu khabarnya terlalu obses dengan sejenis makhluk misteri yang dikenali dengan nama “Slender Man” (Lelaki Nipis). Suatu hari, mereka telah merancang untuk melihat sendiri Slender Man dan salah satu cara untuk bertemu Slender Man menurut mereka adalah dengan membawa korban. Lalu memutuskan untuk menjadikan salah seorang rakan kelas mereka sebagai mangsa.
Suatu hari, mereka telah mengumpan mangsa untuk turut serta pergi ke hutan dan tanpa mengesyaki sebarang kejadian yang tidak diingini, Morgan dan Annisa akhirnya membunuh rakan mereka itu di hutan dan meninggalkan mayat mangsa seorang diri dengan harapan mereka akhirnya dapat bertemu dan bersahabat baik dengan Slender Man.
September tahun lalu, kes dibicarakan semula dan ternyata Morgan dan Annisa mengaku pada awalnya mereka cuma mengajak mangsa bermain sembunyi-sembunyi sehinggalah suatu saat, keduanya membunuh mangsa dengan cara menikamnya sehingga mati. Hmm… tak masuk akal kan?
#3 James Fairweather
Biasanya seseorang individu normal akan obses dengan penyanyi mahupun atlet sukan untuk dijadikan idola, namun lain pula dnegan kes kanak-kanak lelaki dari Britain ini. Jangan terkejut, dia direkodkan sebagai pembunuh paling muda di Britain tau.
Pada tahun 2015, James telah membunuh seorang lelaki yang tidak dikenalinya menggunakan pisau dan selepas itu pada tahun 2016 pula, beliau membunuh seorang wanita. Kata sumber, James merancang untuk membunuh seorang lagi mangsa namun rancangannya terbatas apabila dia akhirnya dicekup polis.
Menurut James sendiri, dia melakukan pembunuhan ini bukan kerana dendam tetapi sangat obses dengan pembunuh. Ini termasuklah pembunuh bersiri popular bernama Ted Bundy.
#4 Natsumi @ Girl A
Sekitar Jun 2004, seorang kanak-kanak Jepun perempuan yang berusia 12 tahun telah melakukan jenayah membunuh. Dia, Natsumi, yang turut dikenali dengan gelaran “Girl A” telah melakukan kesalahan itu terhadap seorang rakan kelasnya yang berlaku di sebuah sekolah rendah, dengan mengerat kepala mangsa menggunakan pisau pemotong kertas.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak pernah mendedahkan banyak identiti tentang Natsumi mahupun foto wajahnya kerana ia merupakan salah satu prosedur yang harus dipatuhi apabila melibatkan jenayah kanak-kanak bawah umur.
Menurut sumber, Natsumi seorang individu kanak-kanak yang misteri dan kesalahnnya itu cuma disedari guru selepas beberapa jam dia membunuh mangsa dan terus dibawa ke balai. Sewaktu di balai, Natsumi berkali-kali memohon maaf di atas keasalahannya. Ini kerana Natsumi seolah telah disuruh oleh “sesuatu” kerana guru sendiri menjelaskan bahawa Natsumi seorang kanak-kanak yang pendiam dan baik di dalam kelas.
Kes itu mendapat perhatian ramai bahkan watak anime dan meme berdasarkan kisah Natsumi juga sangat popular di Jepun. Tak percaya boleh Google.
#5 Jasmin Richardson
Berlaku sekitar 2006, Jasmine adalah kanak-kanak perempuan yang memiliki seorang teman lelaki bernama Jeremy Steinke. Walau bagaimanapun, suatu hari Jasmine telah bertindak membunuh seisi keluarganya termasuk seorang adik dan ibu bapa kerana menurut sumber, Jasmine marah apabila dihalang untuk bercinta dengan Jeremy. Jeremy waktu itu sudah berusia 23 tahun manakala Jasmine baru 12 tahun.
Pada awalnya, Jasmine dan Jeremy tidak berniat untuk melakukan jenayah tersebut, ia cuma gurauan namun Jeremy menyelinap ke rumah Jasmine suatu malam dan membunuh kedua ibu bapa Jasmine. Jasmine tahu akan perkara itu tapi cuma melihat dan membiarkan teman lelakinya. Jasmine kemudian masuk ke bilik adik lelakinya dan membunuhnya dengan kejam tanpa belas kasihan.
Disebabkan usianya, Jasmine cuma dimasuklah ke hospital sakit jiwa selama 10 tahun (kini sudah keluar) manakala teman lelakinya itu dikenakan hukuman penjara sehingga kini dan akan keluar pada tahun 2034 nanti.
Bagi pendapat kamu semua, kanak-kanak mana yang paling mengerikan? 👽