Kalau nendanya merupakan penggemar tegar tas tangan jenama Launer, Kate Middleton juga punyai satu jenama beg tangan yang tanpa sedar sebenarnya sudah dimiliki kebanyakan orang biasa-biasa.
BACA: 10 Fakta Menarik Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth
Surprisingly, beberapa majalah fesyen luar negara baru-baru ini mendedahkan bahawa Longchamp adalah jenama tas tangan kegemaran pewaris takhta diraja Britain itu.

Nak tahu mengapa Longchamp menjadi pujaan hati Kate Middleton sejak beliau pertama kali dilihat memakai “Le Pliage” dari jenama popular itu sekitar tahun 2006, jom baca fakta-fakta unik berkenaan Longchamp di bawah.
#1 Hadiah Hari Jadi Ke-15
Mengikut tradisi orang Perancis, setiap ibu akan memberikan tas Longchamp sebagai hadiah istimewa untuk menyambut ulang tahun anak gadis mereka yang ke-15.

#2 Jenama Longchamp Sudah Tua!
Menurut sumber, jenama Longchamp sudah berada di pasaran sejak tahun 1993 iaitu sekitar 25 tahun lalu dan salah satu koleksi yang paling mendapat sambutan ramai adalah Longchamp Le Pliage kalis air ni!
#3 Asalnya Cuma Jenama Paip Tembakau
Jauh tersasar dari landasan sebenar, Longchamp asalnya cumalah jenama paip tembakau. Namun begitu, ia bukanlah paip tembakau biasa kerana setiap satu koleksinya dihiasi balutan material kulit asli membuatkan ianya antara jenama paip tembakau yang paling bergaya sekitar era 40-an dahulu.

#4 Nama Trek Berkuda
Melihatkan sukan berkuda adalah aktiviti yang sering diagung-agungkan masyarakat Inggeris dan Eropah waktu itu, nama Longchamp disunting dari sebuah trek berkuda Bois de Boulogne‘s Hippodrome de Longchamp di Paris. Ini kerana, nama Cassegrain (milik pengasas Longchamp) waktu itu sudah diguna pakai oleh jenama perniagaan milik orang lain.
#5 Empayar Keluarga Tiga Generasi
Longchamp adalah salah satu perniagaan barangan mewah yang dimiliki oleh keluarga biarpun sudah dibangunkan berabad lamanya. Pengarah terkini yang memantau syarikat itu adalah Jean Cassegrain, cucu lelaki kepada pengasas Longchamp yang namanya juga Jean Cassegrain.

#6 Ada Versi Kulit
Tidak hanya menawarkan seleksi rekaan warna-warni Le Pliage yang diperbuat dari fabrikasi kalis air jenis Nilon. Sekitar 2012, Longchamp mengejutkan peminatnya dengan koleksi Le Pliage Cuir yang diserikan dengan material kulit mudah lentur jenis ‘métis’.
#7 Mula Dipopularkan Kate Middleton Awal 2000
Meskipun berstatus keluarga diraja Britain, Kate tidak pernah berlagak untuk berhias dengan barangan mewah semata-mata. Seperti sebelum ini, beliau sangat mengagumi helaian pakaian dari ZARA… cita rasa beg tangan kegemarannya juga adalah dari jenama mampu milik seperti Longchamp.
Kate banyak dilihat menjinjing pelbagai warna dan saiz Longchamp Le Pliage untuk acara santai mahupun saat mengembara untuk tujuan lawatan kerja bersama suami tercinta.

#8 Inspirasi Dari Seni Origami
Seperti namanya “Le Pliage” yang bermaksud boleh dilipat dalam bahasa Perancis, Longchamp diinspirasikan dari seni Origami Jepun. Ia ditawarkan dalam pelbagai rona menarik bahkan mudah untuk disimpan melihatkan beg tersebut boleh dilipat dan disimpan rapi apabila tidak digunakan.
Kamu juga mungkin sudah memiliki sebuah Longchamp di rumah kan?

Jadi, siapa kata Longchamp sudah ketinggalan zaman? ❤