Kalau kamu sudah khatam tentang selok-belok jalan raya di Kuala Lumpur, pasti ada satu jalan yang bisa membangkitkan rasa ngeri dalam diri secara automatik dan itu mungkin adalah kawasan yang dikenali dengan nama Bukit Tunku.
Boleh kata, dengan sendirinya kamu akan rasa meremang bila masuk jalan yang bersimpang siur dalam kawasan Bukit Tunku ni.
Dengan kawasan keliling yang dipenuhi hutan rimbun, ada pula kondo-kondo lama yang terselit di sana-sini… Biarpun waktu paginya nampak nyaman ala kawasan perumahan elit, namun jika kamu melalui kawasan ini waktu malam, ia pasti lebih menyeramkan.
Sebelum ini pun, pernah tersebar sebuah video yang dirakam kamera dashcam menyaksikan pengalaman seorang pemandu dan rakannya menemui entiti yang terjegat di tengah jalan tanpa memberikan sebarang gerak-geri biarpun lampu hadapan kereta tepat menyuluh ke arahnya.
Tonton Video Seram Yang Terakam Di Bukit Tunku
Video itu menguatkan lagi andaian orang ramai betapa Bukit Tunku itu menyimpan seribu satu misteri yang sehingga kini belum terungkai. Untuk hebahan buat semua, Wanista senaraikan 5 perkara yang kamu perlu tahu tentang Bukit Tunku.
#1 Banyak Rumah Tinggal
Sudah menjadi kelaziman bagi tempat-tempat yang dihuni makhluk halus. Bukit Tunku menyimpan seribu satu rumah tinggal. Lebih menyeramkan, rata-rata rumah di situ adalah jenis binaan Banglo serta rumah-rumah agam yang sudah terbina megah sejak zaman pemerintahan kolonial. Jadi, memang ramai budak-budak yang suka cari hantu kat sini.
#2 Berlambak Kisah Benar Tentang Hantu
Diambil dari sebuah novel atas talian yang menghimpukan kisah seram berjudul “Mastika (Kisah Benar), memang pernah sekumpulan pengkaji paranormal ini menyelinap masuk ke rumah terbiar bekas tapak kolonial zaman dahulu. Kata mereka, ia adalah rumah banglo paling seram pernah diteroka bahkan berjaya menangkap banyak klip, foto dan rakaman suara ganjil termasuklah kelibat kanak-kanak dan wanita di persekitarannya.
#3 Pernah “Trending” Di United Kingdom (UK)
IKLAN
Melihatkan kes video viral yang memperlihatkan entiti duduk bertapa di tengah jalan di sebuah laluan dekat Bukit Tunku itu, rupanya ia mendapat perhatian hingga ke luar negara! Menurut laporan Mstar, kisah misteri itu turut dikongsikan sebuah portal media di London, MIRROR. co.uk.
Nampaknya, ramai yang kagum dengan penampakan hantu di Bukit Tunku ni kan?
#4 Tersimpan Rumah Banglo Paling Mahal
Percaya tak rumah banglo yang berwarna kuning air ini bernilai lebih RM12.6 juta? Penulisan dari artikel di Iluminasi.com menejelas bahawa dahulunya, Bukit Tunku dikenali sebagai Kenny Hill. Ramai tokoh-tokoh terkenal tinggal di kawasan ini.
Ia kemudian dinamakan semula bersempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, yang juga pernah tinggal di kawasan ini, harga median bagi setiap kaki persegi untuk banglo di Bukit Tunku adalah RM422.
#5 Antara Kawasan Tertinggi Di KL
Pernah tengok drama-drama Melayu yang tayang babak atas bukit sambil berlatarkan keindahan malam kota Kuala Lumpur? Ada antara drama itu membuat penggambaran malam di Bukit Tunku tau!
Menurut penelitian penulis lagi, ada sebuah apartmen (Homestay) cantik di Bukit Tunku. Ia ditawarkan kepada pelancong untuk berlibur sakan -diiklankan menerusi Homeaway by Expedia Indonesia, rumah tersebut terletak di Bukit Tunku dan disewa sekitar RM340/semalam.
Daripada pengalaman penulis, kalau waktu malam memang jarang ada kereta yang akan berani ikut jalan bersimpang-siur di atas Bukit Tunku ni. Kalau ada pun sebuah dua kereta je yang bertembung dari arah lorong sebelah. Apa-apa pun, rasa semacam tu memang ada.
Ada suatu malam tu, terpaksa lalu Bukit Tunku untuk elak jam… memang berderau jugalah. Masing-masing senyap dalam kereta sebab terbayang yang bukan-bukan dalam kepala. Sampai kawan penulis yang memandu waktu tu tegur penulis kenapa diam semacam, takut penulis bertukar jadi makhluk lain lah tu. LOL