Baru-baru ini, COACH tampil dengan kempen baharu yang mengetengahkan elemen keseronokan bersempena Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Bertemakan “Light, Camera, Holiday”, Selena Gomez sekali lagi dipilih menjadi wajah untuk memeriahkan kempen sambutan ini.
Bagi menarik lebih banyak perhatain dalam kalangan masyarakat, COACH menggunakan kreativiti untuk memuatkan sekali watak-watak animasi yang disertakan bersama penglibatan Selena dalam penggambaran video promosi kempen berkenaan. Kini, penonton dan para pengikut COACH khususnya berpeluang untuk menyertai Selena dan rakan-rakan menyambut Krismas dnegan cara yang paling artistik.
IKLAN
Bukan itu sahaja, kota metropolitan New York turut dijadikan latar kepada pengambaran koleksi musim cuti COACH 2018 yang lebih sensasi dimana, potongan beg tangan yang unik banyak diketengahkan untuk tererujaan semua.
Dari tas bersaiz genit hinggalah yang bersaiz gergasi, setiap satunya memiliki karakteristik yang mewah serta unik, menjadukan koleksi musim cuti Coach kali ini lebih bermakna untuk dibeli sebagai koleksi persendirian mahupun dijadikan bingkisan Krismas berharga buat tersayang.
Tonton Video Pengenalan Kempen Musim Cuti COACH 2018
Untuk keterangan lanjut, sila klik [malaysia.coach.com].