Kebanyakan orang memang gemar makan daging, tapi bagi mereka yang cerewet? Atau mungkin juga mereka mengamalkan pemakanan yang berasaskan sayur sahaja (vegetarian)? Pokoknya, setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri terhadap cara pemakanan yang diamalkan betul tak.
Bgi penulis sendiri, kami sekeluarga cuma makan daging 2 hingga 3 kali sebulan. Bukan apa, jika hendak dikira-kira, harga sekilo untuk daging batang pinang boleh mencecah RM30 dan ke atas. Jadi, memang tak sesuai sangat untuk dijadikan makanan harian.
Lain pula dengan wanita dari Netherlands ini kerana alasannya untuk makan daging agak sedikit berbeza dari kebanyakan orang.
Tonton Video Blogger Kasumi Kriss Buat Pengakuan Berhenti Jadi Vegetarian
Menurut Kasumi Kriss, sebelum ini beliau sangat obses menjadi pemakan sayur sepenuh masa selama hampir 4 tahun. Namun begitu, sesuatu yang sangat ajaib telah merubah dirinya apabila dia mula memakan daging.
Hanya Makan Sayur Undang Masalah Penghadaman
Pada awalnya, diet hanya memakan sayur memang membantu Kasumi. Kulitnya mula bersih dan semakin cantik bahkan perubahan positif juga berlaku terhadap keadaan rambutnya.
Menurut Kasumi, diet vegetarian memang membantu untuk menangani masalah kesihatan dalamannya sekaligus menjadikan dirinya seorang individu yang lebih bertenaga sampailah satu masa, Kasumi berdepan dengan masalah penghadaman.
Selepas dua tahun menjadi vegetarian, kulitnya mula dihinggap jerawat, mengalami kekeringan dan kerap terkena iritasi. Kuku dan rambutnya juga mulai rosak dan kasar disebabkan dirinya yang semakin tertekan dengan masalah yang dihadapi.
Lebih parah apabila kitaran haid beliau juga berhenti selama empat bulan lamanya! OMG.
Mula Makan Telur Untuk Pulihkan Diri
Disebabkan beliau sudah lama tidak mengambil makanan berdaging, Kasumi mula mengambil protein kembali dengan memakan sebiji telur rebus selama tiga hari berturut-turut. Hari demi hari, perubahan nyata berlaku dan sejak dari itu, beliau nekad untuk kembali memakan daging dan meninggalkan amalan vegetarian buat selama-lamanya.
Dalam hanya tiga minggu selepas memakan daging dan berhenti menjadi vegetarian, kulitnya semakin pulih, pipinya tidak lagi kembung dan kelihatan bengkak bahkan perasaannya juga cukup gembira.
Dalam perkogsian video di Youtube itu juga, Kasumi sempat menyertakan perbezaan foto sebelum dan selepas beliau menjadi pemakan daging semula.
Kesimpulannya, menjadi seorang vegetarian itu sebenarnya mendatangkan risiko untuk seseorang kekurangan zat. Mengamalkan sayur memang baik untuk kesejahteraan tubuh namun, hanya sayur tidak cukup. Sekurang-kurangnya, seimbangan diet pemakanan agar kamu tidak menimpa nasib yang sama seperti Kasumi.
Ketahuilah bahawa pengambilan protein juga penting untuk tubuh, barulah boleh hidup secara normal. Lepas ni kalau nak makan, pastikan semua zat lengkap terhidang di dalam pinggan okay! Selamat beramal ❤