Sudah menjadi kelaziman bagi orang masa kini, asal pergi melancong je mesti nak kongsi dengan semua pengikut di media sosial. Katanya hendak berkongsi pengalaman, tetapi sejauh mana foto kamu itu dapat menarik minat rakan-rakan lain?
Untuk itu, Klook kali ini tampil menyenaraikan beberapa lokasi menarik sekitar Asia yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk merakam momen kenangan saat pergi berlibur.
#1 Kyoto: Jepun
Jelajah tarikan menarik di Jepun dengan menjengah sebentar ke Kyoto untuk beriadah di atas laut. Terkenal sebagai antara kawasan bersejarah tercantik di Jepun, kamu pasti tak dapat bisa melupakan kenangan saat berlibur di sini.
#2 Chiang Mai Mountain Sanctuary: Thailand
Kamu merupakan pencinta binatang sejak azali? Boleh cipta pengalaman untuk bermain dan melihat lebih dekat habitat gajah di sini.
Di samping dapat bermesra dengan hidupan gergasi ini, kamu boleh menghirup udara segar sambil melihat keindahan alam semesta kerana Chiang Mai Mountain Sanctuary ini sudah diiktiraf oleh UNESCO sebagai taman pelancongan yang menarik dengan adanya gunung-ganag serta air sungai yang terjernih.
#3 Forbidden City: China
Dengan seni bina lama zaman emperial yang memukau sebegini, mustahil ramai yang tidak terpegun. Kalau kamu nak tahu, Forbidden City mengundang sekurang-kurang 800,000 pengunjung setiap hari tau! Memang kena datang untuk ambil gambar kat sini!
#4 Kapal Layar Aqua Luna: Hong Kong
Tak puas menikmati hanya pemandangan dari satu arah? Apa kata pergi menjelajah menerusi Aqua Luna yang ada di Hong Kong. Tarikan pelancong yang satu ini dikenali kerana kamu bisa menikmati pemandangan sekitar Hong Kong dengan menaiki kapal layar Aqua Luna.
Untuk pengetahuan semua, kapal yang dilengkapi layar berwarna merah ini adalah satu-satunya kapal layar tradisional yang masih terperlihara hingga kini.
#5 Gyeongbokgung Palace: Korea
Kalau ke Korea, memang tak sah kalau tak singgah di bangunan lama yang banyak menyimpan sejarah lampau seperti di Gyeongbokgung Palace ini.
Jika merakam foto sambil berlatarkan binaan istana sudah terlalu klise, apa kata kali ini kamu ambil peluang untuk menyewa pakaian Hanbok. Alang-alang boleh berangan macam orang Korea zaman dahulu-kala. Pasti foto travelog kamu lebih menyerlah!
#6 Dermilitarised Zone (DMZ), Korea Utara
Pernah terfikir bagaimana obsesnya Korea Utara terhadap kuasa ketenteraan mereka? Boleh cuba dalami bagaimana perasaan untuk hidup dalam sebuah negara komunis sebaik melangkah masuk ke Dermilitarised Zone (DMZ).
Pelajari tentang sejarah dan elemen misteri yang terdapat di Korea Utara di sini.
Untuk keterangnan lanjut, klik [facebook.com/klookmy]. Jadi sebelum pergi bercuti lepas ni, eloklah merancang dengan Klook untuk ketahui apa yang terbaik agar percutian kamu itu tidak sia-sia nanti okay?
Semoga hujung tahun kamu semua lebih bermakna bila pergi bercuti! ❤
RUJUKAN