Jujurnya penulis masih lagi tidak menyangka hubungan pasangan Priyanka Chopra dan Nick Jonas bertahan sehingga ke hari ini bahkan mereka bakal mendirikan rumah tangga. Siapa sangkakan…
Lagi menguatkan mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat apabila ahad lalu Priyanka Chopra bersama girl squad menyambut bridal shower istimewanya di Tiffany Blue Box Cafe, New York City.
Priyanka Chopra, 36, kelihatan sempurna dalam sepersalinan serba putih dalam gaun yang sudah kelihatan seperti gaun pengantin rekaan Marchesa. Gaun kemban tanpa tali dengan fabrik bulu di bawah dipadankan bersama sekalung rantai Tiffany & Co dan tumit tinggi Christian Louboutin, menyerlahkan lagi gayanya bak seorang puteri salju.
Senarai tetamu yang menghadiri bridal shower juga bukan calang-calang, Kelly Ripa, Lupita Nyong’o, bakal kakak ipar Danielle Jonas serta ramai lagi, tapi sayangnya rakan baik Priyanka, Meghan Markle tidak kelihatan.
Sebelum malam besarnya, Priyanka sempat berkongsi hari bahagianya di IG Stories yang sedang bersiap untuk parti dengan kapsyen “My girls r in town! #anyreasontoparty #preweddingcelebrations,”.
Wahhh… Yang pasti anak Priyanka dan Nick confirm segak dan cantik❤