Bukan susah sangat hendak mencantikkan rumah. Kalau cukup bijak, sebenarnya tak perlu guna banyak perabot pun. Seperti penulis yang berjiwa moden, suatu hari nanti kalau penulis ada rumah pun, penulis mahukan stail rumah yang kemas dan nampak lapang. Justeru untuk menggelakkan rumah terlalu hambar, penggunaan aksesori yang bertepatan sangat penting.
Seperti permaidani umpamanya, harga yang ditawarkan bukannya murah, lebih-lebih lagi permaidani yang didatangkan khas dari negara timur tengah. Adakalanya, harga boleh menjangkau hingga ribuan ringgit. Namun, ada sesuatu yang menarik hati penulis tentang alas lantai yang diperbuat daripada bulu biri-biri ini kerana ia boleh dianggap sebagai alas lantai yang unik dan versatile.
Banyak dijual di IKEA, terdapat dua pilihan yang kamu boleh beli iaitu satu yang diperbuat dari kulit dan bebulu biri-biri asli (LUDDE) dijual pada harga RM249 dan satu lagi adalah bebulu biri-biri tiruan (TOFTLUND) berharga cuma RM39.90.
Tahukah kamu sebenarnya terdapat banyak cara lain untuk memanfaatkan penggunaan alas lantai bebulu sebegini? Ini 7 cadangan bernas Wanista!
#1 Alas Kerusi Kayu
Kerusi kayu nampak bosan kalau dibiar tanpa sebarang tambahan aksesori. Mungkin boleh hamparkan alas bebulu biri-biri ini untuk buat ia lebih bernyawa. Selesa untuk duduk di atasnya juga!
#2 Alas Kaki Tepi Katil
Alas kecil yang berupa permaidani bebulu biri-biri ini boleh bangkitkan suasana dalam bilik yang agak suram. Biarpun ianya berwarna putih, tekstur bebulu itu sendiri akan buat suasana kelihatan lebih berkelas.
#3 Sebagai Latar Foto Instagram!
Suka merakam foto flatlay? Mungkin alas bebulu biri-biri ini akan buat foto Instagram kamu lebih gah daripada biasa.
#4 Sebagai Kusyen
Kerusi meja makan kamu agak keras, ada baiknya kamu alas ia dengan hamparan alas bebulu biri-biri ini. Jika tak mahu duduk siatasnya, boleh sidai pada kepala kerusi untuk menjadi kusyen sandaran yang lembut dan menyokong bahagian belakang badan kamu tu.
#5 Tambah Tekstur Pada Sofa
Sofa kamu terlalu polos? Hamparkan sahaja alas bebulu biri-biri ini agar bisa kelihatan mewah dalam sekelip mata!
#6 Permaidani Meja Kopi
Siapa kata alas bebulu biri-biri ini hanya boleh dibentang pada lantai semata? Buat alas meja pun boleh… lebih-lebih lagi alas meja kopi. Nampak cute and classy!
#7 Cipta Saja Kreativiti Sendiri!
Sebenarnya memang banyak lagi cara boleh kamu manfaatkan alas bebulu biri-biri ni. kalau kamu cukup kreatif, nak digantung pada dinding sebagai hiasan mengganti bingkai gambar pun boleh.
Apa yang penting, nak hias rumah perlulah ikut bajet. Beli secara berperingkat dan tak perlu membazir okay?
Selamat beramal! ❤