Kino Biotech Malaysia minggu lalu tampil dengan sebuah sidang media bagi melancarkan gedung atas talian baharu yangs ecara eksklusifnya membawakan 20 jenama produk kecantikan terkini dari Korea untuk para pengguna di tanah air.
Diberi nama K Glam, ia bakal memberi lebih banyak pilihan menarik buat para peminat kosmetik dan ranagkaian penjagaan wajah Korea di samping memudahkan proses pembelian yang semua dirangkumkan dalam satu laman sesawang. Apa yang pasti, kesemua produk ini adalah diyakini asli dan bukannya tiruan seperti yang banyak dipasarkan menerusi platform atas talian Instagram mahupun Facebook.
Antara jenama gah yang menyertai keluarga K Glam adalah Cosmetea, Rivecowe, Simplistic, Fascy, RenardBlanc dan Homelec.
Untuk pengetahuan semua, Kino Bitotech sangat komited untuk memperkenalkan lebih banyak lagi produk dan jenama kecantikan auntentik dari Korea, bahkan turut berkerjasama dengan gedung atas ttalian lain seperti 11street, Lazada Shoppe, Superdeals,Kinohimitsu dan Qoo10 untuk memasarkan jenama edaran mereka.
Bermula dari 22 Oktober hingga 30 November hadapan, K Glam menganjurkan promosi untuk menarik lebih banyak pengguna mencuba sendiri kehebatan dan keberkesanan produk-produk yang ditawarkan.
Sebelum ini, Kino Biotech Malaysia telah bekerjasama dengan KOTRA Kuala Lumpur, iaitu sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk memantau dan menguruskan promosi perdagangan dan pelaburan Korea Selatan bagi membawa masuk hanya produk-produk asli berkualiti dan selamat ke dalam negara.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan pelbagai produk kecantikan Korea yang terbaik hanya dari K Glam. [KLIK SINI] untuk mula beli-belah sekarang! ❤