Jarang sekali kita dengar tentang pesta jualan buku besar-besaran yang dianjurkan berterusan selama 24 jam setiap hari kan?
Bagi ibu bapa yang naik buntu bagaimana caranya untuk menghiburkan anak-anak dengan seleksi aktiviti menarik lagi berfedah sepanjang cuti sekolah, Big Bad Wolf adalah jawapan paling tepat!
Selain dapat memenuhkan masa dengan aktiviti yang menguntungkan seperti menggalakan anak-anak untuk gemar membaca, pesta buku yang diadakan selama 24 jam setiap hari seumpamanya juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada remaja yang ada sekitar KL untuk melepak secara berfaedah.
Apa yang seronok di Big Bad Wolf adalah suasananya yang lebih meriah akan menyatukan masyarakat dalam emnghidupkan budaya membaca!

Lambakan pelbagai judul dan genre buku juga rata-ratanya dijual pada harga murah menjadikan ini adalah waktu paling sesuai bagi para ibu bapa mendapatkan bahan bacaan terbaik buat anak-anak yang memerlukan.
Baik buku rujukan akademik mahupun bahan bacaan santai seperti buku cerita dan buku aktiviti, semuanya ada ditawarkan di pesta buku Big Bad Wolf 2018 yang pastinya lebih meriah dari tahun-tahun yangs beelumnya.
Bakal berlangsung dari 7 hingga 17 Disember 2018 di MIECC – The Mines, Kuala Lumpur, potongan harga dari 75% hingga 95% akan diberikan bagi menghargai rakyat Malaysia sekalian!

Jangan ketinggalan untuk beramai-ramai datang ke Big Bad Wolf untuk memancing buku kegemaran kamu!
Big Bad Wolf bukanlah hanya untuk mereka yang ulat buku sahaja tetapi masih belum terlambat untuk kita semua menanam sifat suka membaca agar menjadi insan yang lebih berilmu, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/bbwbooks].