Siapa sangka, H&M kini ada rangkaian wangian House of Notes yang terdiri dari lima (5) koleksi eksklusif buat kamu yang gemar bertukar wangian setiap hari!
Dijual pada harga serendah RM22.95 untuk botol 10ml dan RM27.96 untuk botol dengan isian 20ml, wangian-wangian yang dibotolkan dalam botol genit sebegini membuka peluang kita untuk turut membawa wangian ke mana sahaja baik ketika melancong mahupun ke tempat kerja yang memerlukan kamu berasa segar sepanjang hari.
Selain itu, tindakan bijak H&M menawarkan wangian genit sebegini sebenarnya mampu memberi peluang kepada peminat wangian untuk bertukar selera setiap hari dengam memakai haruman pilihan mengikut cita rasa dan personaliti.
Ada haruman yang terdiri dari nota aroma manis, floral, segar dan ‘pedas’ (bau rempah dan herba), 25 jenis haruman dari H&M ini pasti mampu membangkitkan sensasi diri dan keyakinan kamu.
The Singles (EDT): RM27.95
Bagi kamu yang meminati bauan manis dan lembut yang berunsurkan aroma feminin, koleksi The Reveries dari H&M House of Notes ini mampu merembeskan aura kewanitaan yang berganda.
Masing-masing mengandungi cairan wangian 20ml, botol genit ini sangat comel untuk dibawa bersama dalam beg tangan dan boleh dijadikan botol hiasan juga bagi yang gemar kumpul barang-barang perkakas hiasan.
Antara wangian The Singles yang menarik hati penulis adalah Choc, Yuzu, T-Shirt dan Lipstick!
The Reveries (EDT): RM64.95
Dibotolkan dalam botol yang agak besar dan sesuai untuk kegunaan harian, cari karakter kamu berdasarkan pilihan wangian dari The Reveries agar hari-hari kamu lebih ceria dan harum senantiasa.
Cuma hanya dari RM64.95 sebotol! Kesemua haruman ini juga khabarnya boleh tahan lebih 8 jam lamanya.
The Reveries (Body Mist): RM34.95
Pakar wangian pernah menasihatkan kita untuk buat minyak wangi melekat lebih lama, boleh lapiskan dengan body mist -disemburkan pada bahagian-bahagian tubuh yang bernadi.
The Essences (Roll On)
The Essences (EDP): RM109.95
Menurut penulis, rata-rata wangian H&M ini adalah untuk wanita tetapi terdapat beberiapa koleksi seperti The Essences yang barangkali bertepatan dengan pemakaian untuk lelaki kerana baunya lebih kuat (EDP) dan berasaskan nota aroma pedas seperti bauan herba dan rempah-ratus.
Koleksi House of Notes H&M boleh didapati sekarang di House of Notes Beauty Pop-Up berhampiran H&M 1 Utama mulai hari ini 17 – 21 Oktober dan juga di H&M Avenue K, H&M Sunway Pyramid, H&M IOI City Mall, H&M Gurney Paragon Mall Penang dan H&M Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru mulai 17 Oktober.