Ramai menyangka kulit berminyak dan berparut sudah tiada harapan untuk diperbaiki. Penghasilan minyak berlebihan di wajah yang umunya kemudian menggalakkan pertumbuhan jerawat sebenarnya memang mencabar jiwa setiap wanita.
Untuk itu, adalah mustahak untuk kita pilih produk terbaik yang berasaskan bahan alam semula jadi untuk mencantikkan wajah kita secara alami tanpa bahan kimia dan pengaruh bahan berbahaya yang bisa merosakkan kulit secara pelahan.
Jenama kosmetik dan rangkaian penjagaan wajah dari Korea, April Skin, yang pernah viral suatu ketika dahulu kerana produk sabun pencuci Signature Soap Original kini ternyata lebih gah apabila mula memasuki pasaran Malaysia menerusi gedung kesihatan terkemuka, Guardian Malaysia.
Membuka peluang mudah serta seleksi pilihan produk bermutu buat para penggemar kosmetik dan rangakain penjagaan wajah yang bersumberkan bahan alami, April Skin turut berkesempatan tampil dengan dua produk yang sudah diperbaharui dengan formula dan paket pembungkusan terkini khas untuk semua wanita di luar sana!
Dihasil menggunakan 67 peratus serum lembapan yang diambil dari titisan air asli, Perfect Magic Cover Fit Cushion sangat sempurna untuk buatkan solekan bedak pada wajah tahan lebih lama biarpun dikelilingi cuaca yang panas dan berhaba seperti di Malaysia. Bukan itu sahaja, pilihan warnanya juga sangat natural dan hampir sesuai dengan semua jenis tona kulit dari yang paling cerah hingga ke sawo matang.
Tonton Tutorial & Efek Penggunaan April Skin Perfect Magic Snow Cushion
Cecair bedak kusyen ini juga tidak terlalu pekat membuatkan solekan kelihatan matte dan lembab dalam masa yang sama.
Manakala, The Perfect Magic Snow Cream pula tersangatlah sesuai untuk dijadikan krim asas umpama primer agar permukaan wajah jadi sekata sebaik disapukan dengan lapisan bedak kusyen. Siapa yang tak suka dengan mekap flawless yang tak bercapuk kan? Ia juga digabung dengan 70 peratus glasier yang diambil dari pergunungan Himalaya tau!
Bagi kamu yang berminat untuk mendapatkan produk-produk April Skin, boleh hadir ke beberapa cawangan Guardian terpilih seluruh Malaysia termasuklah Guardian KLCC, Guardian Sunway Pyramid, Guardian Mid Valley dan banyak lagi.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/AprilskinMalaysia]. Boleh juga beli produk April Skin menerusi atas talian [DI SINI]