Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Percintaan

Bila Suami Tiada Mood, Apa Yang Perlu Isteri Buat?

by Izzah Azizah
October 14, 2018
425
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Adatlah apabila berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Namun jangan dibiar surutnya terlampau lama nanti jadi kering kemarau.

Buat para isteri pasti menginginkan perhatian dari suami tidak kira masa. Jangan lupa, si suami juga mahukan perhatian yang sama lebih-lebih lagi ketika dia dalam keadaan penat dan memerlukan sokongan. Jadi bila ada saatnya suami kelihatan seperti ‘tiada mood’ mainkan peranan penting anda sebagai isteri si penceria hati. 

Iyalah cuba anda bayangkan, kalau anda merajuk suami tidak pujuk pasti jadi lebih parah. Begitulah juga dengan kaum lelaki, mereka turut mempunyai soft spot yang perlu dijaga.

# Perhatikan perubahan emosi si suami

Kalau sudah sepinggan, sebantal dan sebilik pasti lama-kelamaan anda sudah masak dengan tabiat si suami. Cuba lihat dan perhatikan jika terdapat sebarang perubahan kelakuan si suami ketika pulang dari tempat kerja atau secara tiba-tiba. Jangan anggap perubahan ini suatu yang lekeh atau biasa, kita tidak tahu ia boleh mempengaruhi emosi mental dan kesihatan.

Foto – The Telegraph
# Beri ruang dahulu

Anda tak perlu gopoh untuk memujuk atau mengajak si suami menceritakan perkara sebenar. Sebaiknya beri sahaja layanan seperti biasa dan cuba bersabar.

# Buka bicara

Bila keadaan sudah reda, mulakan dengan perbualaan yang menunjukkan anda simpati dan risau padanya. Cara sebegini sedikit sebanyak memberi pasangan selesa untuk berkongsi. Saat suami anda meluahkan, jadilah pendengar yang baik dan anda jangan sesekali untuk mencelah. Cukup hanya mendengar. 

# Jangan ambil hati

Langkah paling penting sekali ialah untuk anda tidak terasa hati dengan apa yang berlaku. Memang perit juga bila suami buat perangai seolahnya kita buat salah. Tapi cuba ingat saat kita merajuk, suami juga merasa perkara yang sama.

Foto – Wife and Phrases
# Beri sentuhan mesra

Bergantung pada mood juga ya. Tawarkan si suami dengan urutan mesra, sediakan makanan kegemaran atau lebih senang anda duduk diam sahaja sebelah suami. Hormati masa ‘sunyi’ pasangan, lebih baik beri ruang pada si suami. 

Amacam, bila suami moody boleh ikut tak tips Wanista ini?

RUJUKAN

FILED UNDER apa perlu buat suami moodybila suami takde moodcara isteri pujuk suamicara nak pujuk suamikenapa suami merajukkesan suami moody
Share170SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.