Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Jangan Buang! Biji Tembikai Banyak Khasiat Kalau Dimakan

by Afiqah Syamin
October 12, 2018
652
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kurang kalori dann kaya nutrien. Itu lah gambaran tentang khasiat biji buah Tembikai yang ramai tak tahu. 

Untuk pengetahuan semua, biji tembikai sebenarnya boleh dimakan bahkan, terdapat pelbagai produk kesihatan yang memanfaatkan kebaikan minyak biji Tembikai. Ada juga syarikat pengeluar barangan kesihatan menghasilkan serbuk biji Tembikai yang menjanjikan 1001 kebaikan buat kesejahteraan dan kesihatan manusia tau!

Sumber: Pinterest

Tidak beracun dan tidak berbahaya buat tubuh badan manusia, siapa sangaka sebenarnya biji tembikai itu boleh dimakan, dikunyah dan ditelan. Ketahui kebaikan mengamal pengambilan biji Tembikiai sebelum kamu mempraktikannya.

#1 Galak Kesihatan Jantung

Menurut sebuah kajian yang dijalankan, magnesium dalam biji tembikai berfaedah untuk menggalak jantung untuk berfungsi secara normal. bukan itu sahaja ia juga melancarkan tekanan darah.

#2 Baik Pulih Kesuburan Lelaki

Ha, pada lelaki kat luar sana tu kalau korang takut ada masalah kesuburan atau memang ada masalah kesuburan, boleh mula makan biji tembikai ni. Kadar zat besi yang terkandung dalam tembikai akan bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalur kesuburan lelaki sekaligus meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.

#3 Penawar Diabetes

Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Iran, biji tembikai bisa menjadi penawar diabetes terbaik bahkan ekstrak nya juga boleh dikira mampu mengurangkan kadar glukos plasma. 

Sumber: Pinterest

#4 Bantu Cerdaskan Mental

IKLAN

Kekurangan magnesium dalam badan sering dikaitkan dengan risiko Alzheimer (naynyok). Oleh itu, biji tembikai yang kaya dengan pelbagai vitamin termasuk magnesium akan memperkukuh kecerdasan otak, kekuatan memori dan mental.

#5 Kuatkan Akar Rambut

Magnesium sangat penting untuk pertumbuhan rambut jadi untuk mengelakkan keguguran rambut lebih banyak, mengambil makanna yang penuh dengan khasiat magnesium seperti biji tembikai memang memantu.

#6 Baiki Permukaan & Tekstur Kulit

Jangan tak tahu, magnesium dalam biji tembikai boleh memulih masalah kemerahan pada kulit. Ia juga akan membersihkan kulit termasuk mengawal penuaan serta membaiki keadaan kulit yang terjejas.

Sesiapa yang ada eksema juga bagus mengamalkan pengambilan biji tembikai kerana masalah utama wujudnya ekzema adalah kerana badan kekurangan magnesium.

Cara Makan Biji Tembikai

Sumber: Pinterest

Minuman Teh: Guna empat sudu besar biji tembikai dan kisar halus. Kemudian, didihkan 8 cawan air putih, sebelum menuangkan air yang sudah dididih ke dalam gelas yang dipenuhi biji tembikai kisar. Biar ia bercampur selama 10 hingga 15 minit  sebelum tapiskan sisa biji tembikai dan minum begitu sahaja seperti teh.

Snek Panggang: Basuh biji tembikai dan keringkan. Taburkan biji tembikai di atas kuali kemudian curahkan beberapa titis minyak zaitun serta sedikit garam. Sangai biji tembikai sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Siap!

Apa-apa pun, lepas ni kalau makan tembikai, jangan lupa kutip bijinya untuk dijadikan snek sihat okay? Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2

Tags: buah tembikaiCara Makan Biji TembikaidiabetesKhasiat Biji TembikaiMakan Biji Tembikaimasalah rambut gugurMinyak Biji TembikaiSerbuk Biji Tembikaitips kesihatanUbat Sakit Jantung
Share261SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Serasi Bersama Si ‘Bulus’, Pandora Lancar Koleksi Aksesori Istimewa Buat…
Fesyen

Serasi Bersama Si ‘Bulus’, Pandora Lancar Koleksi Aksesori Istimewa Buat…

August 17, 2022
5 Langkah Mudah Jaga Wajah Guna Produk Baru Siri Arang Nurish Organiq Teen!
Kecantikan

5 Langkah Mudah Jaga Wajah Guna Produk Baru Siri Arang Nurish Organiq Teen!

August 17, 2022
BALENCIAGA Jual Beg Ala ‘Plastik Sampah’ Sekitar RM8K
Fesyen

BALENCIAGA Jual Beg Ala ‘Plastik Sampah’ Sekitar RM8K

August 17, 2022
Cara Betul Cuci Muka Menurut Dermatologi, Hanya Ada 2 Peraturan
Kecantikan

Cara Betul Cuci Muka Menurut Dermatologi, Hanya Ada 2 Peraturan

August 17, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.