Jika sebelum ini wajah model Victoria Secret, Cara Delevingne, sering menghiasi editorial kempen PUMA, kini tiba pula giliran seorang lagi supermodel yang sudah berabad bekerja dengan jenama pakaian dalam popular itu menjual wajah dan personaliti dirinya untuk PUMA.
Untuk pengetahuan semua, Adriana kini telah diangkat menjadi duta dan wakil utama bagi menyertai semua kempen pemasaran yang dianjurkan PUMA di peringkat global.
Adriana Lima adalah seorang ibu dan contoh berpengaruh terhadap ramai wanita di seluruh dunia bahkan, beliau juga adalah seorang insan yang sangat obses dalam menjaga kesihatan.
Menurutnya, bukan mudah untuk mengekalkan bentuk tubuh yang menggiurkan melihatkan kariernya yang banyak menggunakan keterampilan fizikal, justeru adalah sangat penting untuk dirinya kekal aktif agar mendatangkan kebaikan buat dirinya.
Tidak cukup dengan itu, penampilan diri dalam penggayaan fesyen turut harus dijaga melihatkan dirinya adalah salah satu ikon fesyen yang sering menjadi perhatian ramai. Meskipun hanya ke gim untuk dibasahi peluh, pemilihan helaian fesyen yang praktikal juga adalah mustahak.
Tonton Video Rutin Kesihatan Adriana Lima
https://www.youtube.com/watch?v=wI1oojYWUOU
“Orang melihat saya di pentas peragaan dan di dalam majalah, dengan penjanjian baharu ini bersama pihak PUMA, saya mahu berkongsi perjalanan kesihatan saya bersama dengan semua terutamanya wanita di luar sana yang sering mahu mencapai kehidupan positif berdasarkan gaya hidup sihat”, jelas Adrina Lima.
PUMA yang sangat komited untuk mengetengahkan inisiatif bagi memperkasakan komuniti wanita di peringkat global kini mahu memberi lebih banyak medium dan pilihan buat para pengguna, seterusnya mendorong kaum wanita untuk menjadi individu yang lebih kehadapan dna apa yang paling penting adalah seseorang untuk menjadi dirinya sendiri.
Untuk mengikuti perkembangan Adriana Lima bersama PUMA, sila klik [facebook.com/PUMAMalaysia].