Sebagai seorang manusia yang sering dihimpit kejahilan kita perlu tahu apa yang wajar dan terbaik untuk diri sendiri. Namun begitu, apabila sudah hidup berpasangan yakni sudah mempunyai isteri atau suami, sebenarnya banyak hati yang perlu dijaga. Maklumlah, apabila kita mengahwini pasangan, kita bukan sahaja kahwin dengan dirinya semata, bahkan juga masalah serta ahli keluarganya.
Kenapa Pasangan Islam Berkahwin Tidak Digalak Tinggal Sebumbunng Dengan Mertua/Ibu Bapa Sendiri?
Perlu jelas sudah berkahwin bukanlah tiket untuk kita mengabaikan keluarga semata-mata demi melebihkan keluarga sendiri. TIDAK. Ini kerana, Islam sebolehnya mahu kita mewujudkan keluarga yang harmoni.
Maksud tidak menggalakkan pasangan yang sudah berkahwin tinggal sebumbung dengan keluarga sendiri atau mertua bukanlah untuk menjauhkan kedua belah pihak akan tetapi, ada beberapa perkara sulit yang berlaku di antara kamu dan pasangan perlu kekal di balik tirai atas dasar privasi.

5 Keburukan Serumah Dengan Keluarga Mertua
# Masalah Aurat
Menurut penjelasan seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, apabila seorang perempuan telah berkahwin, maka hanya bapa, datuk, anak lelaki dan cucu lelaki suaminya sahaja yang menjadi muhrim kepadanya daripada kalangan keluarga suami.
Ketika berhadapan dengan mereka, golongan wanita dibenarkan membuka tudung dan menampakkan anggota selain dari dada hingga lutut. Selain itu, wanita itu juga dibenarkan untuk bersalaman dengan semua empat lelaki terbabit.
# Tiada Privasi
Jika nak bermanja dan bergurau dengan pasangan, perlulah menjaga batas bila keluarga ada dekat bersama. Kalau tidak, takut mereka muntah hijau pula nanti kan?

Sebagai pasangan yang baru berkahwin, banyak perkara yang kita perlu faham dan belajar tentang pasangan. Jadi apabila berada di rumah sendiri itu lebih mudah untuk kita menjadi akrab dengan pasangan. Tiada batasan untuk kita buat apa pun dengan pasangan.
# Tak Tahu Berdikari
Bila berada di rumah sendiri itu secara automatik kita akan panadai berdikari, Tapi bila serumah dengan mertua atau ibu bapa sendiri ni lain ceritanya. Kadang-kadang kita nak tolong pun takut salah cara, maklumlah lain orang, lain caranya. Dari situ je mungkin pasangan kita akan rasa tak selesa dan lebih parah, ini mungkin akan mewujudkan salah faham antara kedua belah pihak nanti!
# Sukar Buat Keputusan
Kamu nak masak lauk A untuk si suami merasa tapi keluarga mertua pula tak makan lauk A. Dah… macam mana pula nak selesaikan masalah ni? Sudahnya kamu terpaksalah korbankan hasrat kamu semata-mata mahu menjaga hati mertua. Pasangan sekalian, tolonglah faham dengan hati isteri atau suami yang harus berdepan dengan ragam keluarga kamu ni.

Patutnya sesebuah keputusan itu harus ditentukan berdasarkan persetujuan pasangan kita je, tapi bila ada keluarga mertua ni, habis perasaan semua orang perlu diambil kira terlebih dahulu. Hmm
# Senang Terjadi Salah Faham
Biasalah, hati orang tua memang mudah terguris. Jadi, memang akan banyak perkara yang mereka akan tak setuju dengan kita… walaupun perkara itu sebenarnya logik dan benar belaka.
Hukum Ibu Bapa Masuk Campur Hal Rumah Tangga Anak
TIDAK BOLEH SAMA SEKALI. Ibu bapa tak ada hak untuk ikut campur masalah dan segala hal yang berkaitan rumah tangga anak-anak MELAINKAN, anak-anak datang dan minta pendapat. Ini kerana, lebih 80% kes cerai berlaku antara suami dan isteri adalah disebabkan campur tangan ibu dan bapa.
Tonton Video Penjelasan Ustaz Khalid Basalamah

Walau apa pun yang terjadi, adalah baik jika kita muhasabah diri dan paling penting adalah seseorang itu berlaku adil terhadap pasangannya dan kedua ibu bapanya.
Selamat beramal! ❤