Jika kamu gemarkan gaya kasual seperti yang sering digayakan Justin Bieber mahupun Mila Kunis, kamu pasti mahu menegnali lebih dekat dengan jenama fesyen popular dari Los Angeles ini.
Baru sahaja melancarkan gedung pertamanya di pusat membeli-belah 1 Utama, ia menawarkan pelbagai item fesyen yang unik untuk pemakaian harian bagi wanita dan lelaki.
Bukan itu sahaja, hiasan dalaman gedung juga sedikit sebanyak memberi impak kepada para pengujung kerana menggunakan latar harmoni seperti biru, putih dan merah manakala rak-rak kayu pula dimanfaatkan untuk mempamerkan koleksi pakaian secara kreatif.
Apa yang membuatkan gedung Fred Segal ini menarik adalah, mereka bukan sahaja memberi pilihan produk dari dalam kalangan jenamanya sahaja, Fred Segal turut menghimpunkan jenama-jenama popular tempatan seperti Pestle & Mortar (fesyen lelaki), Lip & Co (kosmetik), So.Lek (kosmetik), Supercrew (fesyen lelaki) dan Thavia (fesyen wanita).
Tidak terhad hanya kepada barangan fesyen semata, ada juga barangan seperti keperluan rumah dari jenama luar negara ditawarkan buat pelanggan termasuklah P.F. Candle Co., Soko, Secrid dan banyak lagi.
Di ruangan lain dalam gedung berkenaan, turut disedikana kafe untuk membawakan pengalaman yang lain daripada lain ilham gaya hidup California buat semua! Antara hidangan menarik adalah pizza, takos, sandwich, minuman panas dan banyak lagi!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [fredsegal.malaysia].
Fred Segal @ 1 Utama
Alamat: G353-G353A, Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre (berhampiran restoran Oriental Cravings)