Sebagai individu moden… hendak atau tidak kita mengikut perkembangan trend semasa, menjadi sebati dengan norma masyarakat adalah suatu keutamaan yang harus dipertimbangankan. Ini sama seperti trend penggunaan telefon pintar.
Ada pula individu dan anak muda masa kini yang rajin mengembara mengelilingi dunia, gajet yang praktikal dan memudahkan adalah apa yang golongan ini cari. Sebagai kaki travel, gajet yang kompak dan dilengkapi fungsi bermanfaat merupakan suatu kemestian bukan? Jadi apa ada pada telefon pintar Neffos X9 untuk si kaki travel sekalian?
#1 Teknologi Kamera Buat Selfie Jadi Gah
Perbezaan hasil rakaman kamera Neffos X9 sebelum dan selepas disunting.
Mengikut kegemaran masing-masing, ada yang gemar hasil foto menjadi flawless tanpa ‘kecacatan’ dan ada juga individu yang lebih suka tampilkan originaliti diri. Nah, seperti Neffos X9, pengguna boleh menentukan kadar keterjelasan hasil gambar kamera hadapan dan belakang terutamanya untuk merakam swafoto.
Perbezaan hasil rakaman kamera belakang Neffos X9 pada waktu malam…
Ia mampu mengaburkan cela di wajah sekaligus memperlihatkan permukaan kulit wajah yang lebih halus, jadi tak perlulah kamu menyunting foto secara berlebihan di aplikasi-aplikasi lain sebelum memuat naiknya ke media sosial. Jimat masa dan boleh jadi cantik senantiasa juga!
#2 Skrin Penuh & Lebar Untuk Kepuasan Optimum
Untuk kepuasan berganda pengguna, skrin paparan HD yang dimiliki Neffos X9 adalah lebar (5.99 inci) dan menyeluruh tau! Pasti puas apabila digunakan untuk merakam detik kenangan sewaktu travel dengan skrin telefon pintar yang sempurna sebegini.
Pelarasan cahayanya juga mirip telefon pintar iPhone yang dipaparkan terus di skrin membuatkan pengguna mudah untuk menata cahaya mengikut cita rasa tanpa perlu menekan sebarang butang.
#3 Ada Mod Perlindungan Mata!
Kesihatan mata juga terpelihara bila telefon pintar ini mempunyai fungsi “Eye Protection Mode” yang mampu menghalang mata daripada menjadi rosak, silau dan sebagainya. Memang tak dinafikan, ramai di antara kita menghabiskan waktu sebelum tidur untuk melihat telefon pintar, jadi dengan adanya mod ini, kuranglah risiko kerosakan mata disebabkan cahaya sinaran biru dari telefon pintar!
#4 Sistem Pemprosesan Laju & Efisyen
Pada harga serendah RM599, Neffos X9 memiliki grafik dual-core Mali-T860 berserta RAM pilihan 3GB dan 4GB. Sistem pemprosesan mewah yang digabungkan dengan GPU berkuasa tinggi seumpamanya menjanjikan navigasi yang bertepatan dan tangkas buat si kaki travel yang gemar menghabiskan waktu untuk menonton video mahupun bermain permainan video. Jadi tak adalah sebarang masalah telefon pintar loading, hang atau sebagainya.
#5 Selamat Dari Kecurian Data
Sememangnya direka khas untuk keselesaan pengguna, Neffos X9 dilengkapi sensor jari yang hanya mampu dinyah kunci oleh si pemiliki telefon berkenaan perpandukan cap jari unik. Bukan itu sahaja, telefon pintar ini turut dilengkapi teknologi AI untuk fungsi kekunci telefon yang menggunakan wajah yang mampu mengimbas lebih 100 wajah berbeza. Dengan ciri ini, sudah pasti keselamatan maklumat dan data peribadi lebih terjamin biarpun hanya menggunakan telefon bajet.
Jadi apa tunggu lagi? Dengan Neffos X9 yang mampu milik ini, semua individu boleh membeli dengan pilihan sama ada 4GB RAM/64GB pada harga RM599 mahupun 4GB/64GB pada harga RM799. Neffos X9 adalah telefon pintar android yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [neffos.my/X9]