Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

[7 Gambar] Kaki Travel Kini Boleh Sewa “Rumah Coklat” Bila Melancong Ke Paris!

by Afiqah Syamin
October 4, 2018
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Merancang percutian ke Paris? Mungkin menyewa hotel yang berlatarkan seni bina klasik sudah terlalu klise bagi kamu yang gemar melancong. Untuk mewujudkan keterujaan, kini Booking.com menawarkan tempat penginapan unik yang diperbuat dari 1.5 ton coklat! 

Sumber: Booking,com

Boleh memuatkan hingga empat orang penghuni, ia direka khas oleh pembikin coklat termahsyur di Perancis iaitu Jean-Luc Decluzeau. Apa yang pasti, coklat yang distruktur untuk membina rumah ala kampung ini juga sebenarnya boleh dimakan. Pastinya mimpi dan impian kanak-kanak kamu dahulu untuk menjadi Hansel & Gretel tercapai bila menginap semalaman di sini.

Kamar beradu yang dikelilingi coklat. Foto -Booking.com

Bukan sahaja bahagian luar rumah diperbuat daripada coklat semata, bahagian dalam rumah termasuk kabinet serta hiasan dalamannya boleh dikatakan 98 peratus diperbuat menggunakan coklat makan.

Sekitar ruang tamu dan bahagian dapur. Foto -Booking.com

Rumah oenginapan ini berlokasi di rumah kaca L’Orangerie Ephémère yang terletak dalam kawasan taman Cité de la Céramique.

Bilik air. Foto -Booking.com

Untuk pengetahuan semua, rumah ini berkeluasan 18 meter persegi dan bagi pengujung yang menempah penginapan di sini, mereka juga bakal berpeluang menghadiri bengkel untuk membuat prototaip chalet mini mereka sendiri yang turut disertakan dalam pakej bermalam.

Bengkel membuat coklat. Sumber: Radio.com

Orang ramai boleh menempah untuk bermalam di sini menerusi Booking.com dan hasil tinjauan penulis, harga untuk bermalam dalam pondok coklat ini adalah sekitar €50 (RM241) semalam.

Foto -Booking.com

Jadi bagi sesiapa yang suka berkongsi foto di Instagram tu eloklah bermalam di sini, alang-alang boleh makan coklat sekali ye dak?

SUMBER 1, 2

Tags: bercutiBercuti Ke ParisBooking comcoklatIdea Percutian ParisPencinta CoklatperancisRumah CoklatSuka CoklatTempat Penginapantips bercutiTips Bercuti Ke Eropahtravel
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Booking
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

by Opie Azizlan
December 29, 2021
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang....

Baca Lagi
Foto - Barbiestaycation.com.
Kembara

Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan

by IamLisa
December 14, 2021
0

Ada bilik bertemakan Barbie di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur?! Berita baik kepada peminat Barbie, Grand Hyatt Kuala Lumpur telah...

Baca Lagi
Foto - @
greenlab_seoulforest (Instagram)
Kembara

Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung

by Opie Azizlan
December 10, 2021
0

Bila pergi ke kafe sendirian dengan tujuan untuk me-time, pasti akan ada yang memandang seolah-olah kamu seorang yang 'menyedihkan' dan...

Baca Lagi
Kembara

Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit

by Opie Azizlan
December 1, 2021
0

Team Wanista nak kongsi satu berita gembira! Kamu nak rasai pengalaman berada dalam rumah seperti The Hobbit seperti filem "Lord...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.