Biasa jumpa binatang tapi kali ini paling ekstrem apabila seorang menjumpai tuala wanita dalam makanannya. Aduhai gelinya, kenapa boleh jadi macam ini?
Seorang wanita mendakwa dia menemui tuala wanita dalam makanan periuk panas selepas menelitinya. Bahkan, wanita yang dikenali sebagai Ni menuntut satu juta yuan (US$145,600) dari restoran popular yang menjual hidangan periuk panas Haidilao.
Walaubagaimanapun pengurus cawangan Shenzen memberitahunya bahawa objek kertas itu adalah pembungkus daging yang dimakannya. Tetapi Ni menolak kenyataan dan menegaskan objek tersebut adalah tuala wanita “you can see this is a sanitary pad”. Ni dengan lantang juga menuntut pampasan daripada restoran tersebut kerana tidak menjaga kebersihan.
Tidak habis di situ, Ni kembali ke restoran tersebut keesokan harinya untuk perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan. Menjadi ribut apabila perbicangan Ni dengan restoran bertukar menjadi pertelingkahan sehingga Ni dan rakannya menyepak dan menolak perabot kedai, keadaan itu menyebabkan kakitangan Haidilao memanggil polis.