Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

5 Spa Tawar Rawatan Facial Mewah Bawah RM300

by Afiqah Syamin
September 25, 2018
16
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memiliki kulit sihat yang bukan sahaja cantik tanpa cela tetapi juga mulus adalah impian bagi semua wanita. Dahulunya, ibu kita sering menasihatkan untuk menjaga muka sejak awal supaya segala kerosakan dan keterjejasan kulit dapat dielak.

Namun, dunia hari ini yang semakin mencabar membuatkan kita wanita hampir kehabiasan masa hanya untuk menyelesaikan tugasan harian di tempat kerja setiap hari. Ini seterusnya mengaanggu-gugat tertib penjagaan kulit intensif dan salah satu cara paling mudah untuk mengekalkan kecantikan adalah dengan berkunjung ke spa untuk membuat rawatan-rawatan wajah yang pelbagai.

Sumber: Caudalie

Bagi kamu yang tidak arif dan sering keliru untuk memilih pakej perawatan wajah yang ditawarkan oleh pusat-pusat kecantikan dan kesihatan, ini Wanista cadangan 5 tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan wajah ringkas pada harga tidak lebih RM300 secara mewah!

#1 Caudalie Boutique Spa [KLIK]

Berasaskan nutrisi buah anggur segar, Caudalie yang merupakan produk kecantikan popular di Perancis ini turut menawarkan pakaj perawatan wajah mencerah, menegang, melembab serta menghalang penuaan pada harga bermula RM198 hingga RM350. Boleh rujuk dan beli pakej rawatan secara atas talian menerusi laman sesawang Kensapothercary. Caudalie Boutique Spa ada di Bangsar Shopping Centre!

Tonton Video Elfira Buat Rawatan Wajah Caudalie

paling seronok, kamu akan dihidangan minuman istimewa serta buah anggur segar sebelum memulakan rawatan tau! Best!

#2 Clarins SKIN SPA [KLIK]

Clarins yang merupakan jenama produk kecantikan mewah dari Perancis ini rupanya ada menawarkan pelbagai rawatan wajah dan badan tau!

Sumber: Clarins

Untuk rawatan wajah harga yang dikenakan adalah serendah RM269/ satu jam. Namun, pengguna yang baru pertama kali hendak mencuba layak mendapat diskaun dan hanya perlu membayar RM128! Cepat buat tempahan sekarang!

Terdapat di cawangan Bangsar Shopping Centre, KLCC, Pavilion KL, Mid Valley, 1Utama dan The Curve.

#3 L’Occitane Petit Spa [KLIK]

L’Occitane Petit Spa bukan seperti spa kecantikan lain yang ingin lekas menyiapkan rawatan kamu kerana perlu melayan pelanggan lain pula. Spa ini adalah tempat yang mementingkan kualiti dan masa rawatan yang sepenuhnya diberi kepada pelanggan agar kepuasan dan hasil rawatan dapat dicapai setara.

Sumber: lipstiq.com

Menggunakan seleksi produk daripada rangkaian L’Occitane sendiri, rasai pengalaman seolah dibuai mimpi, berada dalam taman indah dengan pelbagai aroma menyegarkan serta ketenangan urutan halus yang diberikan oleh para jurulatih khas. 

Sumber: L’Occitane

Harga yang dikenakan agak mahal untuk beberapa rawatan intensif iaitu sekitar RM430 – RM560. Namun, ada juga pakej rawatan yang ditawarkan apda harag bawah RM300:-

Peony Treatment: Sublime Beauty (RM298/ 75 minit)

Shea Treatment: Nourishing Comfort (RM288/ 75 minit)

Immortelle Eye Treatments: Youth Eyes (RM168/ 25 minit) | Divine Eyes (RM228/ 40 minit)

#4 Sulwhasoo Boutique Exclusive [KLIK]

Gemarkan bau-bauan Ginseng dari produk kecantikan mewah Korea ini? Nah, apa kata cuba dahulu keberkesanannya menerusi rawatan kecantikan di Spa.

Terdapat beberapa pakej perawatan wajah pilihan yang berdurasi dari 60 minit hingga 80 minit, harga adalah serendah RM80 untuk rawatan urutan mata manakala RM218 untuk rawatan lembapan dan RM288 untuk rawatan pencerahan.

Tonton Review Rawatan Wajah di Sulwhasoo Spa

Rawatan wajah untuk lelaki turut ditawarkan pada harga RM138.

#5 Herbaline [KLIK]

Terdapat lebih 8 rawatan wajah utama yang ditawarkan di Herbaline termasuklah rawatan pengelupasan mikro, rawatan penghapusan jerawat dan rawatan memudarkan jerawat, namun harganya begitu berpatutan dan rata-ratanya sekitar RM90 hingga RM159 je… Murah kan? 

Boleh semak jenis-jenis rawatan di laman sesawang menerusi butang KLIK di atas okay?!

Sumber: Google Images

Alamat: 294 Jalan 3, Ampang Utama, 68000 , Kuala Lumpur 

Tak kisahlah kamu dah ada komitmen ke, masih belum ada komitmen kerana masih bujang ke. Kulit tetap kena jaga dan kadang-kala hadiahkan diri dengan pakej-pakej perawatan wajah begini. Siapa lagi kalau bukan diri kita yang hendak manjakan diri sendiri betul tak? #selflove

Selamat beramal! ❤

Tags: Bajet Buat Rawatan MukaFacial Treatmentskulit cantikKulit GlowingMana Nak Cari Spa Murah?Rawatan Muka Di Sparawatan wajahspaSpa Mewah Bawah RM300
Share6SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Foto - Ainz & Tulpe
Kecantikan

Eksklusif: 3 Kosmetik Terkemuka Ada Di Ainz & Tulpe Pavilion Bukit Jalil

by IamLisa
May 23, 2022
0

Pernah berkunjung ke Ainz & Tulpe ketika berada di Jepun? Sekarang, Ainz & Tulpe mengalu-alukan kamu semua ke gedung pertamanya...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.