Bae Suzy, bintang pop Korea yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Di usia 20-an, beliau miliki kemasyuran, kemewahan apabila diangkat sebagai salah seorang selebriti terkaya di Korea, bahkan kecantikan semula jadi yang tidak perlu disangkal lagi, rata-rata rakyat negara Ginseng memilihnya antara selebriti tercantik, Top 3 dalam tangannya.
Walau tanpa mekap sekali, Suzy tetap buat kita yang perempuan menangis melihat kulitnya yang bersih. Kerana itu, Suzy sentiasa mencuri tumpuan netizen dan jurugambar.
Baca: Oh Ini Rupanya Cara Bae Suzy Cuci Muka… Senang Je!
1. Lihat keningnya langsung tidak dilukis tapi masih tampak elok.
2. Raut wajah suci seperti gadis belasan tahun.
3. Suzy ada mekap ke tak ada, sama je…
4. Apa Suzy makan agaknya sampai cantik macam ni sekali?
5 Pakai cekak rambut pun nampak cantik. Kalau kita agaknya.. sendu!
Nak tengok lagi jelas, tonton program realiti Suzy sendiri. Ini 100% barefaced!
Sesetengah selebriti tidak selesa mendedahkan muka mereka kepada peminat, apatah lagi kepada paparazzi, tapi bukan Suzy. Dia dengan selamba barefaced ke mana saja tanpa mekap.